Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 20, 2011

Pregnancy I

salam.
ehemm.
ehemmmmm.
ehemmmmmm.

blur kejap. dah lama tak ber-blogging. rindu memang rindu, tapi boss ni haa. banyak je keje dia bagi. tak cukup dengan itu, pick phone sume sebut nama kita je dulu. nampak sangat kita ni pekerja harapan. T__T

ni lapang sikit. sebab staff yang pergi holiday dah balik. lega rasa hati. uhuk². jadi masa yang macam terluang ni meh ler kita ber-blogging. asyik berkhidmat untuk Wong Kum May je, meh berkhidmat untuk diri sendiri pulak. kekeke.

teringat dulu. mula² kawen memang dah mengidam sangat nak preggy. sangat²! even sebelum kawen pun memang dah galak sangat nak ber-anak. sebab saya memang suka kanak². kanak² kena behave la kalau nak saya suka dia. jadi tak tahulah di masa akan datang macam mana saya nak berhadapan dengan krisis² anak² nanti. chup! anak. anak² maybe 2-3 tahun lepas yang 'ini', Insyaallah, yang pasti not in this short time. kakakaka.

mula² kawen UPT tu memang teman sejati setiap bulan lah. saya beli yang murah je sebab saya tahu, saya mesti nak guna banyak pasni. jadi saya beli yang pack of 3 dan guna 3 bulan pertama. ada satu hari tu, tetiba pulak demam. orang kata kalau demam ada petanda baik. tapi tak pun. T_T demam sebab nak period. senggugut gila ok! tak pernah rasa macam tu. kebetulan hari tu travel dari PJ ke Bukit Jalur, dan entah ke mana hala lagi, jauh yang tak pernah tercapai dek badan ni. memang serik dah la nak pegi sana. T_T saya siap merayu dengan hubby, tolong balik hari. sebab saya tak suka nak tido rumah orang dalam keadaan macam tu. serius tak selesa. maka hari itu, frust la kejap. harapan tak kunjung tiba. T_T

2nd time, 3rd time, 4th time, period lewat sehari dua pun laju je buat UPT. 5th & 6th pun sama. dah berapa UPT dah terbazir tak tahulah. lepas kali yang ke-6 tu, memang saya takda lagi berharap. tak berniat lagi nak buat² jadual (tett!), tak berniat lagi nak tunggu bila nak preggy. tapi, waktu subur memang tak miss. HAHAH. sebabnya, kita manusia kena berusaha. jadi usaha tu memang tak pernah putus, siap plan nak berubat lagi masuk bulan ke-6 tu. kebetulan, masa tu nisfu sya'ban. MasyaAllah, maybe berkat nisfu sya'ban, doa saya termakbul. saya join MIL baca yassin 3 kali, disertakan niat. masa tu memang saya niat setulus hati, dengan penuh pengharapan. dengan sungguh² dan dengan penuh yakin yang kali ini, Allah akan makbulkan doa saya. saya memang betul² yakin saya akan dapat apa yang saya nak sempena keberkatan Ramadhan yang bakal tiba itu. sejak dari malam nisfu sya'ban tu, saya memang tak henti² berdoa, berharap, Allah takkan hampakan harapan saya yang satu ini. masa itu saya sudah lewat period 3 hari. maintain lagi. nak sangat buat UPT, tapi takut kecewa dan membazir untuk ke sekelian kalinya, saya tak buat. sebab bila frust, saya akan menangis. bersedih depan PC sambil mengadap blog capuk ni. T_T

masuk hari ke-4, MIL tegur. kata dia, bottom part saya jatuh. jatuh ke bawah sehingga macam pelik kalau dia tengok. huh. kalau lebar tu lain lah sebab saya spesis JLO. memang ponggong lebaq. HAHAHA. saya tak puas hati. pergi depan cermin, tengok sendiri dengan mata dua bijik ni. ya ampun, BETUL. terus pakai korset ketat² tayang depan MIL. (tipu) saya cakap dengan hubby. dia apa tahu kan? lelaki. tahu makan je. ngahahaha. saya dah tak sabar ni. nak tunggu esok hari. nak tengok, cik P datang ke tidak. malam tu tido memang berdebar dan berharap lagi ni. taknak dah kecewa². sedih.

bangun pagi, saya terus pergi toilet. sebab time tido pun teringat² nak pergi toilet buat UPT. masuk toilet je buat apa yang patut dengan UPT tu. kat kertas manual tu, dia cakap kena letak di flat surface. saya letak kat tempat tinggi, supaya mata tak gatal² nak tengok². konon surprise. lepas letak tu, nampak la line tu mula appear. baru nampak satu line, saya dah terkinja² tengok dengan penuh debar. nak tunggu line kedua appear. sepatutnya tak payah tengok pun. lepas 5-10 minit dah boleh tengok, tapi tak tahula kenapa. tak boleh duduk diam lak mata pagi tu. kali terakhir tengok terbeliak kejap mata. 0_0 rasa nak menangis. tak sangka doa saya dimakbulkan. terima kasih ya Allah. masa tu rasa nak bersujud. tapi dalam toilet. hish! saya cepat² masuk bilik. amboi hubby. sedap dia tido. saya tak senang duduk dah ni. entah betul ke tidak UPT ni. nak jugak pergi double confirm kat klinik. saya pun buat perangai kejap. kacau dia tido. dia memang nak baby. jadi saya cakap gini dengan dia. 'awak, bangun. nak baby tak?' dia cakap dengan mamainye, 'nak.' saya naik suka pulak dia respond macam tu. 'kalau nak, bangun la cepat.' entah apa dalam kepala dia time tu. dirty minded maybe, sebab kalau nak anak kena buat sesuatu. HAHAHA. saya jadi lagi suka terus sakat dia. 'kalau nak baby, cepat bangun, kalau tak ta payah!'. dia pun bangun dengan mata terkebil², usap² mata, terus tanya 'mana baby??'. hatoiyaii. masa tu gila comel. that time rasa macam dialah baby saya. ;)

saya tunjuk kat dia UPT tadi. dia tengok. pastu macam tak paham. dia sandar kat katil pulak. pastu belek lagi. selamba je dia kata, UPT tu tipu. expired dah, tak boleh percaya. saya pun cakap, 'yeke? mungkin betul kot. kalau tak caya jum pegi klinik.'. kitorang bergegas bangun mandi² dan siap². keluar cepat² sebab that day jugak kawan saya buat kenduri Aqiqah anak perempuan dia. lepas ke klinik memang nak pergi sana.

sampai kat klinik. kena buat UPT lagi. masa tu aku dah was². tiba² apa yang hubby cakap kat rumah macam mematahkan semangat kejap. mungkin UPT tadi tipu. abes tu ape kitorang buat kat sini?? kang lagi kecewa dibuatnya. hati memang dah tak keruan. rasa macam nak balik je. tak sanggup nak tahu result UPT tu in case dia negative. tiba² doctor panggil sambil muka senyum sampai ke telinga. 'puan, positive.' kata dia. aik, positive. dia pulak yang senyum sampai ke telinga? HAHAHA. saya dah suka sangat ni. hubby tak masuk waktu tu. saya tak bagi, dia pun takmau masuk agaknya. sebab dia bukan jenis suka berharap macam saya. saya pun takmau dia masuk, sebab takut nanti 'negative'. saya sedih nanti, haaa. si doctor pun memulakan sesi nasihat dia. boleh makan itu, tak boleh makan ini. kalau ada bleeding, sila datang lagi and pay another 50rm++ kat dia, masuk week sekian² dah boleh scan untuk tengok ada berapa baby dalam tu blablabla. abes dah cerita dia. saya pun keluar dan buat payment semua. saya tak ambik acid folic dia sebab saya prefer beli kat farmasi je. sekotak 6rm, dapat 100 bijik. lagii jimat. >.<

dalam kereta, masing² senyum. masing² tak percaya. doctor cakap 5 weeks. yang itu lagi tak percaya. sebab kami lebih tahu bila waktu subur tu. (erk!) doctor ini cuba mengkelentong kami ni. hmmmm. simpan kejap rasa curious tu, kitorang pun pegila rumah kawan yang nak buat Aqiqah baby dia. kat situ saya pun tanya la sekian², betul ke 5 weeks sebab mengikut perkiraan sendiri baru 2 weeks. rupa²nya memang begitulah cara kira dia. hohoho. time tu abes sume mama, ayah, adik kawan baik kite bagitau. sampai rumah baru bagitau MIL. hehehe. sepanjang hari tu memang senyum je. tapi orang cakap baru lai, anything can happen. itu memang buat saspen dan risau sikit. kena tunggu sampai habes 1st trimester baru la boleh nak bernafas panjang. fuhhh!

sejak hari itu, hari² yang mendatang dirasakan sangat indah, kami melalui hari² itu dengan penuh kesyukuran, sebab impian sudah setapak ke depan. Insyaallah, mudah²an baby kat dalam boleh survive sampai ke akhirnya. aminnn.

2 bebelan:

AdaNaz87 said...

panjang betul entry ni. tapi itulah pengalaman setiap orang kan? nanti baby dah besar, boleh bace mommy die tulis pe kat blog. so sweeeettt okey! alhamdulillah, leen bertambah bahagia dengan bakal baby. i'm happy for you, dear. ((;

Jaslin Jamaludin said...

kadang2 Allah bg kita kedukaan. tapi Dia takkan bagi kedukaan sepanjang hayat. Ada jugak Dia selitkan kebahagiaan. :) InsyaAllah.