bukan double cheese burger. double happy. atau dalam bahasa ibunda, kegembiraan berganda. HAHA. cuba buat² happy sedangkan hati tengah tak sedap ni. badan macam nak baring je atas kerusi opis ni. sabo je laa.
orang lain entah dah berjimba kemana, saya duduk terjelepuk atas kerusi macam orang kurang upaya. lemaunye rasa. hmmmmmmmmmm.
saja nak bercerita. sebab kalau cerita dengan hubby, dia pun dah lali. mulut saya memang tak reti diam. benda kecik pun nak potpet² sampai malam. HUHU. Khamis lepas, saya dengan hubby jumpa mama. kebetulan mama ada seminar dekat Putrajaya, lepas tu dia stay dekat KL International Hotel. psst, pssst! dengar kata (mama kata) Aaron Aziz ada buat shooting prequel/sequel KL Gangster kat situ. untunglah mama dapat tengok real Aaron. saya ni entah bila lah. T___________T
saja gedik nak jumpa mama. saya kan anak mama. :) even balik rumah dah letih yang amat², tapi gigihkan jugak lepas Isyak tu gerak ke Sogo. sebab mama tunggu kat situ. shopping sakan dia. patutla saya pun macam itu. mana tumpahnya hobi kalau tak ke darah daging sendiri?? pfft!
saya dengan hubby memang tak familiar jalan KL. sedih sangat! hampir² nak putus asa jumpa mama dah that night. tapi mujurlah jumpa jugak akhirnya. jantung dah dupdap² takut tak dapat jumpa mama. perghh! at last dapat peluk & cium mama. satu anugerah yang takda tolok bandingnya dalam dunia ini. suka sangat!!
mama dengan kawan mama masa tu. dah pick-up dorang, terus pergi KL International Hotel. pergi makan sebab mama belum makan dari petang tadi. pagi, tengah hari dah makan. pas makan, kitorang pun menyelinap masuk ke bilik mama check-in dalam hotel tu. mata terkebil² jugak cari Aaron. even macam tipis, tapi masih jugak menaruh harapan dapat jumpa dia. grrrrrr. tempted sungguh!!
untungnye. satu bilik untuk satu orang. ini kalau honeymoon share katil single sebijik pun cukup. asalkan free! JPN bayar okei. huhuu. duduk kejap je. lepak² sambil tengok TV, makan buah mata kucing, pastu belek² sutera yang mama beli kat Chow Kit Road. banyak gila dia borong. mentang² murah. orang yang jual tu bagi sepasang RM65. dia borong 4 pasang. untunglah. dapat sepasang kat saya. muahahaha! tapi sini tailor ya ampun mahal gila. simpan kejap kain tu sampai saya kembali selim macam dulu. T___T
dah nak balik. mama usap² peyutku. alahai. macam tacing kejap time tu. nak saja saya stay kat Penang dengan mama lagi. boleh mama tengok bakal cucu mama membesar dalam peyut ni hari². :( mama pesan suh rajin bercakap² dengan baby. heeee! saya memang jarang bercakap dengan baby nih. hubby je rajin. yang saya tahu, balik rumah mandi, solat, makan, saya nak landing dan nak tidur dah. saya letih. hukhuk. yang si hubby ni saya dah terlelap pun dia duk ngomel² lagi dengan si baby. alamatnye nanti baby akan hanya kenal suara ayah dia saja. :(
lepas dah salam & dah peluk cium dengan mama, kitorang sama² turun sebab mama gatal sangat nak temankan kitorang sampai lobby. time lambai² tu memang tacing ok. sedih sangat. hmmm. masuk je kereta tengok hadiah yang mama bagi. December. December marks a double happiness for us. 9 Dec anniversary mama & ayah. esok, 11 Dec, anniversary saya pulak. yeay!
tadaaa! mama bagi set cadarlah. alahai. fitted design pulak. macam tahu² la anak dia ni pemalas. pagi² bangun memang malas sangat nak kemas katil especially yang kena tarik kemas² pastu selit bawah tilam. ayoooo! lagi suka yang fitted. tido ganas macam mana pun maintain je. HOHOHO.
tapi. kat mama & ayah saya tak sempat beli pape pun. sebab dah letih balik kan. tak sangka pulak mama nak datang KL bulan ni. hmm. maybe nanti la kot, Insyaallah. open table ke ape ke. kalau saya, nak aje buat flowers & fruits delivery. tapi mama tak mahu fresh flowers, membazir katanya. nanti layu. betul jugak. saya pun blur nak bagi apa. nanti² lah pikir. kepala tengah tak sedap ni. huhuhu.
last week hubby cakap dia keje hari Sabtu (arini). last² minute semalam dia cakap tak keje pulak. saya ter-excited nak OT, cakap nak OT sampai kul 7.30 pm dengan Boss. tapi dah tahu hubby ada kat rumah, memang spoil la. kepala tiba² sakit, bahu sakit², rasa nak landing je. tambah² dengan selsemanya lagi. memang tak sedap badan betullah! ni balik karang nak kena masak pulak. uwahhhhhh! tak best betul. HAHAH. dulu masa mula² kawen memang excited nak memasak. siap google cari resepi. tetiap hari resipi baru. sekarang?? hah, jangan harap. kalau boleh nak masak simple je. kalau dah keje memang letih sangatla nak memasak balik dari keje tu. atoii.
ok, hubby dah sampai. tak sabo nak balik!!
huuuu.
salam & happy anniversary hubby. I love you, still. :)
Kulit Berminyak Pun Wajib Pakai Pelembap
8 years ago






2 bebelan:
leen!! selamat setahun kawin. hehehe. :)
thanks Ida. next year will be your turn! :)
Post a Comment