wuu, tak puas balik Penang ! ingatkan tak dapat balik. tapi last² dapat jugak, naik kereta kancil warna merah. tipu tipu. warna putih je. ;)
suka! balik² even letih tapi seronok. seronok sangat dengan jam ! 4 hours perjalanan boleh jadi 6 hours. kematu bontot aku ni haa ! walaupun kematu, sempat lagi singgah Carrefour untuk beli fresh flowers untuk mama. sedih tahu. dari semalamnya lagi aku dah tapau carnations untuk mama, 5 stalks. dah wrapped cantik², dah sandarkan ke dinding dekatttt dengan beg² baju yang nak dibawak balik. tapi, sok paginya boleh lak terlupa. dengan gelak² tak berhenti, kononnya happy la nak balik Penang jumpa parents. sekali sampai Ipoh baru ter-notice. bunga tertinggal ! ya ampun. dah lama tak rasa bagaimanakah perasaan terkilan itu. tapi pagi itu, seriously, terkilan sangat. sepanjang perjalanan dari highway menuju Ipoh sampaila kat R & R Bukit (ke Gunung entah) Semanggol, aku tantrum. muka masam. aku rasa baby pun muka masam gak time tu. hubby tension je tengok. lalu mensedapkan hati aku, dia cakap takpa. nanti kita pergi beli lain eh? huuu, cair kejap. hilang dah perasaan geram tu. masuk je 'Penang', terus pergi Carrefour sebab seingat aku, sebelum kawen dulu aku ada beli daisies dekat dalam Carrefour tu. pergi² tengok takde. :( dah buntu tataw nak cari kat mana. last² tak jadi lak nak buat surprise, terpaksa sms mama tanya kat mana ada kedai bunga fresh dekat² area rumah tu. mencik tau ! lalu kitorang pun keluar dari Carrefour tu dengan perasaan hampa. tiba² ! terpandang kedai baby. memang dah bajet nak soping dekat Penang pun, sebab seperti yang kita semua sedia maklum, Penang lagi murah dari sini. seriously ! jadi aku pun men-soping segala macam benda tak sabar² sangat dah kan, lebuh la duit beberapa ratus. haiyoo ! demi baby, sanggup ! sebab hubby kata, this is the last time kita travel jauh². kesian baby dia kata. abes tu aku? tak kesian ke?? hmmmm. HUHUU. aku pun rancaklah soping. baju, cotsheet, barut, semua yang kecik² dah beli. sebab, time ni je aku sihat, sok lusa sapa yang tahu? dibuatnya jatuh sakit ke apa nau'zubillah. maybe time tu tak daya nak soping dan berdiri lama². hubby pun cakap awal lagi, tapi darai apa yang aku tahu, better beli sikit² even macam awal lagi. tapi going to 6 months tak awal sangat dah. tambah² aku ni hujung² tahun bakal busy dengan order. sungguh takda masa untuk diri sendiri lagi. keje, balik rumah solat, makan, tido. letih ! dah ada kesempatan, aku beli. sikit². next month nak soping lagi. tapi aku prefer beli online je. senang, kaki boleh rileks.
fuhh ! dah, setel soping. on the way nak balik rumah, singgah florist nak beli bunga. tapi, takda carnations lah. aku beli je daisies dengan entah apa nama entah. dah 5 bulan kat kedai bunga tak pernah terlintas pulak nak pergi hapal nama² bunga dalam kedai ni. total alahaii, tak sampai 50RM pun. gila murah. compared dengan Blooming ni, aku rasa basket arrangement tu mau nye 2-3 ratos. hmph!
dah soping bunga sempat lagi tengok barang baby kat sebelah kedai bunga tu. haish ! instinct ku kuat mengatakan yang ini bayi perempuan. fuhhh! (aminkann aje). sebab, aku lagi interested nak soping baju baby girl dari baju baby boy yang kena ada poket² printed design army, design kotak². ayoomaa ! tak minat. HAHA. tapi kalau diberikan Allah baby boy, aku terima seadanya. tak kisahla laki ke pempuan yang terpenting-penting sekali, biarlah dia sihat, cukup sifat dan jadi anak yang soleh/solehah. memang itu pun impian setiap parents kan? :) tak sempat nak belek lama², kaki letih, terus ajak hubby balik rumah. tak sabar nak jumpa mama. huhuuh, happy mama bila dapat bunga. sukaa! aku pun tanpa lengah² terus solat and makan. hubby tak sempat salin baju lagi dah kena paksa makan nasik. wakakak. nasibla. kalau duduk rumah aku memang mama & ayah takkan henti² jamu makan. ;)
pastu, terussss serbu bilik mama. tengok Boo and baby² dia. gila comel. bila teringatkan Boo lah buat aku terkenang²kan rumah. sebab last year, hari pertama Boo sampai kat rumah aku, aku dah nak bertolak ke PJ. time tu aku baru dapat keje. sedih gila. kalau boleh nak berkepit je dengan parents sebab doranglah dunia aku. hmm. :)
malam tu, ayah bawak kitorang pergi beli jeruk. opkos lah kan,. pemes sangat jeruk tu sampai aku nak balik Penang orang dah pesan jangan lupa beli jeruk. haaa, nak taknak kena beli. sebab bab² makan ni aku tak boleh buat main. sebab takut terkilan. parents aku pun macam tu. nak makan apa dia akan usahakan cari, takut kempunan, mane lah tau tiba² pendek umur ke apa, terkilan tak sudah kang. nau'zubillah. hukhuk.
dah beli jeruk, kitorang pergi makan sup dekat sup Hamid. sup kat situ adalah yang ter-pemes sekali di Penang. kalau ada orang Penang yang tak tahu, maybe orang tu belum abes jelajah Penang lagi. mueheheh.
macam lah aku abes jelajah kan? tu pun sebab ayah aku. atas tuntutan kerja, dia dituntut untuk tahu semua tempat (kot).
dah makan kitorang pun balik. esoknye Hari Raya, aku kat rumah je. sebab pinggang sume sakit² sebab travel jauh. baby pun takmo gerak² macam selalu. risau aku! :( memang seharian tu kitorang duduk rumah je sebab memang nak spend masa dengan mama and ayah kat rumah. malamnye pulak ade lah melayan tetamu sikit, bukan orang lain, kawan² adik aku je. sedara-mara mostly balik kampung mertua bagai. tak beraya ke mana pun. kitorang kat rumah masak & makan sendiri² je. uhuhuu.
esoknye (Isnin) suppose pas Zuhur dahbertolak balik. tapi saje lengah²kan masa sampai sempat ayah aku balik rumah and jumpa aku sebelum aku balik PJ. sayang ayah sangat. huhuu. ni kalau ayah baca blog gila anak dia ni kompem dia sayang lebih neh! kihkihkih. sharp kul 4pm kitorang bertolak. jalan dan jam dah time ni. pasrah je la. bajet memang akan sampai rumah kul 11-12 mlm. naah, memang pun. kul 11 baru sampai umah. time tu la nak iron suar hubby, suar aku, nak lipat baju, asingkan baju² kotor. sesampainya di rumah memang cari carnations dulu, sebab risau sangat dia layu. sayang sangat sebab niat di hati nak bagi pada mama. maklumlah, 3-4 bulan sekali baru jumpa. tapi luckily, next year akan beraya di Penang dulu. yahoo! aku nak raya puas² pastu baru nak ajak hubby balik Pilah. time tu insyaAllah, kalau diizinkan Allah, ada rezeki, kami akan beraya bertiga. wahh. next time nak pulun bagi dapat kembar pulak la. mueheheh.
itu je la coretan cuti aku yang lepas. nak list sikitla la ape yang aku beli kat kedai baby tu :
* newborn suit (jangan tanya berapa pasang aku beli, sebab aku beli mengikut hati dan mata.) HAHA
* barut (aku beli 3 helai, tu pun satu, satu. aku cuba cari yang orang cite jual banyak² sekali dalam 1 pack, tapi takde.)
* mittens & booties (aku beli sepasang je sebab mengikut perasan aku ni, dia kata, nanti akan ada yang lagi comel. cuba sabar kejap.)
* manual breast-pump (yang ini aku paling blur nak beli. sebab mengkiut hati, kalau beli yang mahal, berkualiti dan tahan lama lebih bagus. tak rugi. tapi I just give it a try, aku beli Pureen manual breast-pump. aku cuba dulu. agak² tak larat guna dan kononnya busy, aku beli electric or battery generated. terpikir jugak, kalau ada masalah producing milk, rugi pulak beli mahal² tapi nau'zubillah lah. benda tu la yang paling² aku mintak dijauhkan. kalau boleh nak BF sampai dia masuk 2 tahun. ikut sunnah. hmm.)
* cotsheet (beli sebab alang² menyeluk pekasam, biar sampai abes duit terus.)
* napkin (aku beli yang ada 12 pieces. kain lebih tebal. mahal sikit takpa, janji aku boleh ganyang puas² tapi tak koyak.)
* baby wipes/wet tissue (beli twin pack which each contains 200sheets. Pureen brand.)
* towel (twin pack jugak. macam yakin akan dapat baby girl, aku pilih pink+orange. kalau terr-dapat baby boy, korang jangan ketawakan aku. semangat keibuan ni!)
* nappy cover (yang plastik. aku pun tak tahu in English apa nama dia, tak ingat pulak.)
membazir? I don't care. sebab kalau ditanya tahap keterujaan aku macam mana, memang takda jawapan. sebab aku memang dah teruja tahap cipan. hukhuk.
next week, 16th Nov, boleh pegi scan gender. hopefully dia tak sorokkan lagi dia punya ehem kali ini. HAHA. yang best dan menterujakan lagi, dia nak scan details. aduiyai. yang ini aku nervous sikit. hmm.
berdoa yang baik² je untuk aku dan baby. hee! excited. sebab in this 22nd weeks, hubby tak pernah missed temankan aku pergi check up and the baby should know, how the father was exciting! tak sabar nak menanti saat itu. tapi, tak mahu jugak this 9++months flies so fast. :( aku pasti akan rindu saat² ini. hmmm.
tacing lagi.
Kulit Berminyak Pun Wajib Pakai Pelembap
8 years ago






0 bebelan:
Post a Comment