hmm. kadang² letih sangat dengan rutin seharian. keje lagi, balik rumah buat keje rumah lagi. letih memikior lagi. since pregnant, merata tempat aku nak kene pegi buat check up. semuanya macam tak semena² je. tapi takpe, maybe ada hikmahNya. as long as aku dengan baby sihat dah syukur alhamdulillah. dan yang penting, support dari hubby yang tercayang. syukur Allah kurniakan dia buat aku. semua check up aku dia tak pernah missed, malah dia siap temankan aku sampai dia terpaksa EL tak pergi keje. aku tak best la camtu. tapi dia pulak cakap, dia sanggup nak temankan aku, aku pulak yang taknak pikir pasal kesihatan diri sendiri. tapi seriously, aku penat gile ulang alik spital. bila pikirkan untuk baby and hubby, aku gagahkan jugak. hopefully lepas ni tak payah nak buat check up merata² lagi dah. tak larat nak bercuti dah. sian Wong Kah May. :(
minggu ni buat aku tak sabar sangat nak pergi check up. sebab this time, doc nak check details baby. jari² dia, semualah and hopefully dia boleh tunjukkan gender dia. sebab mama dia ni dah tak sabar² nak soping untuk dia. wuu.
weekend lepas pun not bad jugak boring nya. kena kerja, pastu dah letih² kena pergi Hospital Seremban pulak. sakit jugakla pinggang ni. betis pun sakit, sebab terpaksa turun tangga dari tingkat 6 ke bawah. ada lift pun tak guna, 10 minit sekali baru boleh naik. punyalah bersepah orang, tambah² skang ni nak melawat bila² pun boleh. 24 jam penuh dengan pelawat. haish! terkedek² turun tangga. baru 5m+, dah 7-8m nanti tak tahulah cemana. wuwuwuuu.
balik dari Seremban tu memang tido je. letih! lagipun ahad tu hubby kena kerja. jaga booth dekat PWTC. bini dia yang kat rumah ni bertungkus-lumus la siang daging Qurban sampai peloh². payah beno nak potong daging yang ada liat² tu. last² nah, masuk fridge balik lah kau. huhuu! semalam rasa macam panjanggg sangat masa. lame sungguh nak tunggu hubby balik rumah. sebab kite dah masak bihun sup ni. dengan sambal kicap. huhuhu. tak sabo nak dengar komen dia. nasib baik lulus! muahaha. taklah payah sangat buat bihun sup rupa²nya, yang payahnya kena siang daging tu. ahatoiii. tak larat den. sejam lebih siang daging saje. pfft! pasni nak try buat nasik ayam pulak. insyaallah. sebab weekend selalu letih. tambah² this week kena OT. kul 5 lebih baru sampai rumah. tu pun aku ingat kul 6 baru nak balik sebab nak ngelak kena masak. bukan ape. balik dah letih, mana nak masak lagi. kalau ikutkan aku, kalau aku dengan hubby je kat rumah, kompem² aku tapaw je dari luar. bukan nak makan banyak sangat pun. setakat dua orang seminggu sekali ape lah sangat. atoiii.
eh eh aku membebel panjang lak kat sini. lupa yang diri ada kerja. haip! kite pegi sambung buat keje dulu yeee. ;)
tataaa.
Kulit Berminyak Pun Wajib Pakai Pelembap
8 years ago






0 bebelan:
Post a Comment