assalamualaikum sumee. wah, lama sungguh rasanya saya tak jejakkan kaki kat sini. bagai kacang lupakan kulit saja rasanya. haish! saya busy. di office, di rumah. kalau di office dah ke hulu ke hilir, balik rumah memang nampak bantal je. kadang², saya boleh lupa yang saya sedang pregnant skarang ni. tapi, makan minum still haruslah dijaga. ;p semalam, my officemate baru je resign, means, saya dah takda lagi kawan seketawa kat pejabat. gila bosan lah nanti jawabnya. wuwuuuu. tapi tapi tapi. nasiblah sepanjang dia ada kat office saya masih berjaya get along dengan staff² lain. pendek kata saya bukanlah kera sumbang. HAHA. saya memang nampak macam sombong, at the first place tapi ketahuilah, sekali anda ketawa bersama saya, sampai mati pun anda kepingin mahu ketawa bersama saya. sebab saya seorang yang mudah dekat dengan orang. tapi kalau orang tu macam pelik sikit, maaflah. saya terpaksa jugak menjauhkan diri sebab kadang² orang ni depan kita kemain mesra lagi dia. siap bagi nasihat itu, nasihat ini. petua itu, petua ini. tapi hakikatnya dia bukan suka berkawan dengan kita pun. talam dua muka je lebih. orang macam ni memang wajib untuk dijauhi. takut dicucuk dari belakang.
kadang², sama² dikurniakan nikmat yang sama, rezeki yang sama, tapi.. dia sebenarnya tak su ka kita sama dengan dia. sepanjang penghidupan di muka bumi ini, baru sekali saya terjumpa manusia seperti ini. saya tiak meng-add rakan untuk menambah kenalan, sebab saya bukan jenis suka add² orang tak tentu pasal sebab nak stalking ke apa. saya hanya add kalau saya ada hal, ada pertalian, dan ada masalah dengan saya. saya jugak hanya add orang² yang saya kagumi dengan personaliti dia, gaya atau lifestyle dia. tak mungkin, tak mungkin, tak mungkin, saya akan add orang tu untuk tengok eh laki dia macam ni, boipren dia macam ni, anak dia macam ni, oh dia mekap macam ni. tak kose i nyaah! jangan nak perasan sangat! jadi saya macam pelik bila orang me-remove saya tanpa sebab yang logik dan munasahab. sedangkan dulu baik dengan saya bukan main lagi. sungguh tak paham dengan motif dia. apa, bila kau tahu aku pregnant, aku kawen, aku ada laki ensem, aku ada kerja baik, aku pakai itu aku pakai ini, dan kau tak puas hati kau boleh remove aku? hey, come on lah. dah 24 tahun lah. bukan 4 tahun. pikirlah secara matang. takkan lah perlu untuk saya hebohkan satu malaysia yang aman damai kononnya ni bahawa saya sedang mengandungkan anak? itu hal peribadi yang tak perlu dan tak wajib pun saya bagitahu pada semua orang.
sebelum kau menudung jari kat aku, cuba kau tengok salah diri kau dulu. siapa yang mulakan hiding² ni. ce ingat balik. eee, tak kose lah nak melayan. dan saya tak rasa rugi pun di-remove oleh kaum² macam ni. saya bukanlah sempurna. saya manusia biasa, cari kerja yang halal untuk menambah pendapatan, mengisi masa lapang. salahkah? nak mengandung terlebih dulu dari kau pun salah? wahta theee?? isk.
satu lagi. saya paling tak suka kalau saya tanya dengan baik, jawapan yang saya terima bernada sinis. atau dalam kata lain, dalam versi mengada macamlah aku nak tahu sangat pasal kau. itu sebba saya caring, jadi saya ingin tahu. sedangkan hal lain kau boleh kecoh kat FB kenapa benda yang tak penah kau sorok macam tu aku nak berkias² dengan aku? payah sangat nak jawab, ignore lebih baik dari emmberi jawapan yang mensakitkan hati. orang macam ni memang tak lama lagi saya remove, depends pada tempoh pemulihan perangai dia. kepoh² pehtu orang tanya tak jawab. what theee? isk.
orang yang tak kenal kita betul² memang senang nak buat tanggapan itu ini, tapi saya apa peduli? saya ada kawan beribu, walaupun maya, mereka lebih mulia dari species yang macam ni. dan satu lagi. apa guna kau belajar tinggi² kalau takda budi bahasa? apa yang kau nak banggakan sangat dengan ijazah kau? phd kau? master?? even yang SPM saja pun bijak menilai perasaan orang lain. dan species ini jugak lebih mulia dari kamu yang belajar tinggi² tapi zero! pikir² lah sendiri. sebelum berkawan tu, tolong nilai sikit. kau boleh jaga hati dia atau tida. kalau tidak, better jangan mulakan persahabatan macam tu. serius saya kecewa dengan seseorang itu. tapi nasik sudah menjadi bubur dan saya harap saya tak payah ambik tahu langsung dah pasal beliau. kerana beliau kurang matang. kalau beliau matang, dah tentu² beliau berpikir panjang sebelum me-remove aku. HAHA.
tak apalah. smeoga bayi yang saya kandung tanpa pengetahuan si polan ini emnjadi insan berguna di masa depan InsyaAllah. takda guna kaya harta, kaya ilmu kalau tak boleh nak apply dalam kehidupan.
Sabda Nabi Allah Muhammad SAW : ” Silaturahim itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahim) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )
pikir²lah labu.
sekian.
Kulit Berminyak Pun Wajib Pakai Pelembap
8 years ago






2 bebelan:
hahahahahahaha...
kawan u aa ni. lalalala.
Post a Comment