alhamdulillah. terima kasih Ya Allah sebab bagi aku peluang merasa nikmat sebegini. walau banyak keperitan, tapi Kau selitkan jua kelebihan disebalik keperitan itu. alhamdulillah, syukran Ya Allah.
pagi tadi keluar pergi klinik kelana puteri dengan hati yang berdebar-debar. harap-harap doa kami dimakbulkan Allah. nervous. sebab selama 9 minggu ini, memang aku sangat menantikan saat ini. saat di mana semua persoalan akan terjawab. cukuplah aku ni suka pikir yang bukan-bukan. jadi aku harap kali ni pergi bukanlah dengan harapan yang sia-sia.
tunggu turn. mahu scan baby. sebab setahu aku, at this stage memang dah boleh scan baby. masyaAllah, sungguh aku berdebar. saat kaki melangkah masuk dalam bilik doktor, hati memang sangat berdebar-debar. takut harapan hanya tinggal harapan. hmm.
saat doktor mula scan perut aku, hati mengucap panjang. kami boleh lihat zuriat kami. :) paling mensejukkan hati, saat melihat jantung dia berkelip-kelip. dah, itu sudah cukup melegakan hati aku yang selalu runsing dengan janin dalam rahim aku selama ni. tidak mabuk, tidak loya, tidur lena, tiada mengidam. semua pun takda. opkos la aku risau. ape betul ke aku pregnant ni. tapi alhamdulillah. semua dah terjawab tadi. dan sekarang tak sabar nak tunggu minggu-minggu yang seterusnya.
aku berdoa. setiap waktu, moga Allah berikan aku kesabaran, kekuatan & ketabahan sepanjang kehamilan ini. sebab aku berdarah muda. mudah sangat mengikut perasaan. moga Allah pelihara bayi dalam kandunganku sekarang ni. takpe, mama rela sembelit. badan berangin, termengah-mengah, just to see you born. InsyaAllah. moga Allah lindungi kami sekeluarga. aminnn.
p/s : maafkan mama sebab meragui kehadiran cayang dalam rahim mama. hmm.
Kulit Berminyak Pun Wajib Pakai Pelembap
8 years ago






2 bebelan:
alhamdulillah...jaga bb bebaik tuh...bukan senang nak dapat..hani macam2 cara da buat...masih belum ada rezekilagi...now cik P dah mai dah.....sedihhh...tapi doakan hani yek.........sumpah memang nak sangat bb...dapat sorang pon ckup la...tp tu semua kerja Dia....hani hanya berusaha......selebihnya bertawakal.....
betul. bukan senang nak dapat, dan bukan senang nak menjaga kandungan ni. kite pasrah je. tapi berharap jugak lagi. :) hani jgn putus asa. cubaaaa lagi. insyaallah. hani makan acid folic selalu ye, even belum preggy. and stabilkan emosi. :) jangan pikirkan sangat pasal baby, sbb tu boleh buat hani bertambah runsing + stress. hmm. hani cuba follow jadual ovulasi kat sini. www.pregnology.com. kite dulu mmg follow jadual ni. cuma, kalau dia ckp ovul day is on thursday, try do it on wednesday & thursday as well. insyaallah. :)
Post a Comment