Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 21, 2011

Buang Masa

yahoo! punya waktu untuk ber-blogging. inilah masa yang ditunggu-tunggu. tambah-tambah boss ada di level bawah. memang jadi hantulah saya. nak tambah lagi. tambah-tambah jam di punch card machine cepat 15 minit, means, 6.15pm dah boleh blah dari opis. tapi aku lagi suka buang masa dalam opis, sambil online sementara tunggu si suami datang pick-up. kalau boss tanya kenapa balik lewat? you buat apa di atas? jawab je tengah buat rajin update collection, takpun cakap tengah buat filing yang tak minat saya nak buat. HAHA. itulah manfaat mendapat pekerja rajin macam saya. awal-awal pagi masuk kerja terus pulun buat kerja macam pukul 12 pm dah kena balik. buat kerja macam ada yang mengejar kat belakang. takda lain yang menkejar itu adalah FB. isk! lagho sungguh. tapi nasibla kerja mudah. call for collection, update payment, dan tu pun saya cuma buat filing saja. yang lain boss baik hati nak tolong pekerja dia buat kerja. baik hati sungguh. padahal pekerja dia yang seekor ini tengah seronok-ronok update FB. kesian boss.

seronok lah kebelakangan ni. si suami ringan tulang. saya ibarat puteri kat rumah tunggu waktu nak makan, nak mandi, nak tido je. seronok sangat. pendek kata, hidup lebih bahagialah sekarang. tak sabar nak tunggu perut membesar. nanti boleh makan bersuap. hmm.

itu je lah nak bagitahu. lalalala. pendek kata tempat kerja best, rumah pun best. syukur alhamdulillah. syukur sangat-sangat. sekarang pun takda nak stress benda-benda pelik dah. pffft!

dan harapan untuk the little loved ono dalam peyut ni. saya mahu dia jadi anak yang soleh/solehah. saya mahu dia kenang jasa mama & ayah dia ni. saya mahu dia pandai di sekolah, di dunia & di akhirat. saya mahu dia hormat orang lain, saya mahu dia sihat, sempurna sudah tentu, saya mahu dia makan apa yang saya masak tanpa banyak soal, saya mahu dia pandai berdikari dan macam-macam lah harapan. hmm. tapi tapi tapi. tolong jangan jadi macam ayah dia yang suka kacau orang tido malam-malam. sebelum tido taknak pulak dia kacau, sibuk dengan youtube dia dengan video kelakar yang entah apa-apa. saya yang sedang ketawa terbahak-bahak boleh pulak terlelap, memang jadi bahan ketawalah kan? HAHAHA. tapi takpa. mama tetap sayang ayah. ngeee.

tudung.
maaflah. terpaksa buat entry pendek. saya pun bosan. semenjak dua tiga menjak ni, macam takda idea nak ber-blog. semua ni gara-gara menanam tebu di pinggir kali. idea banyak. tapi bila bertangguh idea tu macam basi. last-last cerita benda pelik. nasib. ni pasal tudung pulak. memang tergantung-gantung. ;p

tadi baru mensebat dua helai tudung dari opismate. bukan sebat, tapi nanti bayarlah. hehehe. mula-mula nak ambil satu untuk mama, dan satu untuk diri sendiri. sebab dah terbiasa, kalau beli apa-apa barang kewanitaan, memang akan beli untuk mama juga walaupun mama kadang-kadang tak berapa minat nak pakai pun. tapi anak dia inilah yang selalu introduce benda-benda pelik dan trendy-trendy yang dia tak penah tengok kat Taman Desa Sena nun. cewahhh. eksen kunun! tak tak. saja. teringat kat mama lah. hmmm.
tapi, mama cakap. tudung dekat pakcik lagi murah. 3 helai baru 50RM. murah gila. jadi saya sebat lah dua-dua helai tadi untuk saya. lalalala. lain kali kita beli tudung lain untuk mama ye? yang lagi up-to-date. ;p betul. nanti kita beli insyaAllah. ;)

ok ok. risau boss sangsi dengan staff dia yang seorang ini. jadi saya rasa saya perlu berundur. ngahaha.

eh, i want eager to meet my cyber friend. she's now in KL tho. jadi hopefully dapat jumpa Ouh Sizuka ku. hehehe.

sekian.

p/s : nak balik dah. tata. ;p

0 bebelan: