Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 6, 2011

Ehem

selamat petang & assalamualaikum.

macam-macam aku nak cerita. tapi disebabkan puasa, aku rasa jari jemari pun kena puasa. hmm. syukur alhamdulillah. berjaya jugak puasa penuh setakat ini, namun macam dah terbabas satu hari on the 1st day sebab macam tak sedap badan. oh no!! aku sepatutnya mampu puasa penuh!! pfft! mula-mula nak cerita bab mengidam lah, memandangkan aku macam takda nak mengidam ape. tak payah si suami kalu-kalut dapatkan makanan pelik untuk aku. namun aku kerap sangat nak makan makanan yang dah biasa aku makan, dan kesukaan aku. contohnya :

SR chocolate banana. YA ALLAH. dah 3-4 kali dah sepanjang expecting ni. gila pokai la aku.

yong tau fu. kalau sedap takpa jugak. ni lagi sedap kalau aku tak makan. mahal ok, 15+rm sekali makan. boleh menanges aku. T_T

gulai ikan talang + nenas. dah sedia maklum. memang tak digalakkan makan nenas buat masa ni. tapi kenapala sebelum expecting dulu taknak pulak teringin nak makan yang satu ini? time ni jugakla aku teringinnn sangat-sangat nak makan. kalau dah ada depan mata memang dah lama aku rembat. nasibla nak kena tunggu ada yang sudi memasak. kalau tak, punahlaaa. isk!

durian. time-time ni jugakla musim durian kan. durian kunyit la, durian udang la. ape la. boleh bau je la benda dah ada dalam rumah. cuma aritu gatal tangan pegi calit secalit dua buat sedapkan lidah. namun semua tu, TAK CUKUP!

nasik ayam.
dah makan banyak kali dah sebelum expecting.tapi tak cukup-cukup jugak. hmm. tambah-tambah bila google resepi nasik ayam kononnya nak masak sendiri la kan. pastu tengok ayam yang semacam berasap siap disalut madu dan sos tiram wallamakkk cair air liur den nihaa. HAHAH. tambah-tambah puasa. ;p

haa! nasibla sekarang ni puasa. kalau tak aku rasa macam-macam dah aku sumbat dalam mulut aku ni. pfft!

sepanjang bulan puasa ni, aku appreciates sangat-sangat sebab MIL sudi tolong masakkan untuk aku & husband. :) cuma kadang-kadang kalau dia tak sihat aku kena la masak demi perut kami berdua. wuuu. dah masuk 8 hari puasa, genapla 8 weeks usia beliau. ehem! atau dalam istilah mathematic-nya. 2 bulan. fuhh, a long way to go tahu. dan macam-macam dalam kepala otak ni. haish! tapi aku bersyukur la. sebab, sejak-sejak dah pregnant ni. mood aku baikkkk je. wakakak. kalau tak kira nak hangin je. but sometimes, kalau berdepan dengan customer banyak songeh kat kedai Blooming tu, memang aku tension jugakla. siap melawan lagi. tapi nasib baikla time aku emlawan tu, boleh lak aku back-up diri sendiri depan boss saat boss potpet potpet tanya kenapa aku marah dia la apa. aku punya suka la, kedai aku kann? haa. tapi bestla. hari-hari bau bunga. syukur sangat. berkat bau bunga-bunga fresh tu la aku ter-pregnant tahu. dan sebelum bekerja di Blooming Florist tu, memang tengah mengusung somebody menapak kat Floria. adeila. touching ok. sebab semuanya bagaikan kebetulan. sebelum ke Floria tu, aku ada balik ke Penang. just imagine. kucen yang langsung tak mahu rapat dengan aku, even dah umpan macam-macam dengan dia. tapi that time masa balik aritu, dia menepek ok dekat aku. oh heaven nya. tapi time tu tak boleh detect apa-apa maksud pun. cuma sekarang baru teringat. maybe dia tahu ada somebody bersama aku. hee. i cayang u Boo, even u sombong sangat dengan i. even utelah mencuri kaseh sayang mama terhadap i, sumpah i jeles! makanan beliau berpuluh-puluh ok harganya. tapi mama tak pernah kisah siap belikan mainan yang entah apa-apa untuk dia main etc burung yang tak boleh terbang dan berbulu kapas. macamla binatang itu nak main dengan burung palsu tu. HAHA.

and tadi. dapat satu gud news lagi. mak uda belah husband dah dapat anak angkat yang diidam-idankan dia. excited ok. so lepas asar akan menapak kat rumah mak uda pulak. boleh ambik aura keibuan sikit, memandangkan aku dalam rumah ni dilayan bak kanak-kanak. hmm, bila aku nak menjadi matang?? u tell me.

syukur ahamdulillah aku tidak dilanda alahan atau morning sickness. kesakitan di pagi hari. sebab aku setiap masa pun sakit. kepala ni bagai nak melayang je. tak mabuk, tapi dia sakit dalam bentuk lain. salah makan sikit mula la tergaru-garu kepala. mintak belas si suami picitkan kepala. rupanya dia memang tak tahu yang semua bini yang mengandung pun akan mengalami pening-pening sebegitu. kasihan aku. dia tak faham rupanya. sobs.

even pening-pening dan bagai nak jatuh tersungkur ke muka bumi. aku gigihkan jugakla memasak. tapi on weekend je la. sabtu ahad memang aku yang masak. MIL akan rehat sepenuh masa. husband pulak pasti akan dipaksa untuk mentolong bini di dapur sebab si bini jeles bila si husband landing-landing di bahu kail bermain game. sedih!!

antara menu yang berjaya dimasak adalah ayam paprik, kembung masak singgang, sambal belacan dan macam-macam lagi yang lain yang masih tersimpan dalam buku resepi. sebab boleh kira dengan jari la berapa kali weekend sepanjang kita dah puasa ni kan? HAHA. aku pun dah makin buntu resepi ni. terpaksa gali dengan mama lepas ni. T_T

susu. mula-mula di detect, aku minum Friso. heaven gila rasa dia. sedap. sangat sedap. pastu dah habes, pergi Giant dan terpedaya dek aunty mana entah. dia paksa aku beli Mamil Mama. Mamil Mama was good, i can say. but not for me. sebab sebab sebab. even dia ada immuniforce yang membantu membina bakteria baik untuk usus atau dalam kata lain mensenangkan proses membuang, tapi dia sangat tak sedap dan sangat tak kenyang. memandangkan berat aku dah kian menurun, jadi aku rasa selepas ini aku akna berbalik kepada Friso yang even takda Immuniforce, tapi dia mengenyangkan. sebab minum Mamil dgn minum Friso, hasil buangan tetap sama sembelitnya. jadi sekarang sangat bergantung pada buah-buahan mahal seperti plum dan anggur hitam. tu pun seminggu sekali kau datang padaku baru dapat beli. tunggu ada pasar malam. sebab di situ je murah. semalam berjaya membodek plum, anggur  pisang emas. gila sedap. sebab biasanya kat Penang je aku dimanjakan dengan pisang sebab ayah rajin beli untuk bini & anak-anak dia. dia cakap boleh cuci badan dan elak sembelit. well, kena percaya. ;p

ok. next entry. tak boleh campur aduk. dan entry ni macam tergantung sebab perut sangat tak sedap badan. T_T

p/s : petang ni selamat la aku. tak payah memasak. bakal berbuka di rumah mak uda. kikiki.

0 bebelan: