Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 25, 2011

Untunglaaaa

bangga. bangun pagi-pagi goreng ansik, bersahur. pastu solat, tidur balik. pastu bangun balik, panaskan nasik goreng untuk suami bawak pegi opis. lepas tu siap-siap mandi, mekap macam remaja pergi keje, buat announcement kata tengah puasa, jadi jangan jemput aku pegi tapau-tapau nasik. masuk zuhur. terus pergi tapau nasik. hangat-hangat taik kambeng. kata puasa, balik-balik opis siap gantung teh tarik lagi kat pintu. isk, berdosa tak aa? sebab tiba-tiba aku laparrr sangat. tak tahan. tambah-tambah aku diburu kerisauan sejak dua tiga hari lepas. kalau selepas confirm pregnant sku selalu, 24 jam terasa nyut nyut kat perut, tapi tidak dua tiga hari tersebut. rasa biasa je. aku mula cuak, pastu bila dah lapar sangat, tiba-tiba boleh rasa balik nyut nyut tersebut. terus buat andaian, baby lapar, jadi perlu makan. ahh, takpe, esok aku qada lain. tak sampai hati nak tahan perut. kalau dulu sahur aku minum segelas susu je, tapi bila memikirkan ada somebody yang need to be fed, aku makan jugak nasik. even lepas tu memang kembanglah tekak aku. uhukuhuk.

pastu, tunggu husband datang pick-up. minum milo pulak. isk! memang 24 jam nak sumbat makanan je la dalam mulut ni. berat aku sekarang mungkin dah 60+ kot. wakakaka. bangga ok. tu la akibat kalau ada masa senggang untuk makan. T_T setibanya suami tercinta, terus dia bawak pegi Giant. oh, asalkan bukan dalam opis, aku rela ke mana saja bersamamu TV3. dah beli-beli ayam sume, singgah booth buku-buku Islamic. aku memang gemar singgah situ sejak sebulan lalu. sejuk hati sangat. hmm. pastu terus suruh kakak yang memang dah cam muka aku ni simpan satu buku untuk aku, and promise dengan dia akan datang dalam masa 2-3 hari lagi, yakni tibanya gaji. HAHA. tapi tapi tapi. si suami baik hati. tolong belikan waktu itu juga. pastu terus dia pulak yang baca dulu macam dia yang pregnant. pastu time dinner, (OK, bersabar, memang akan dinner hanya selepas 9pm, HAHA) sempat pulak pesan, itu jangan makan, itu jangan. haa, makan buah ni sampai habis. semangkuk bukan sikit ok. senak perut aku ni haa. ni la gara-gara asyik mengadu sembelit la tak lawas la, blablabla. haa, pasni ready, dia nak beli betik lagi pasni. errrr. T_T

tapi syukurla, dapat husband macam tu. thanks yayang sebab sudi amik tahu pasal saye. uhukuhuk. alamak, dia cakap aku derhaka la plak ni haa. dia suruh teman dia tengok cerita cun dengan dia aku buat dunno je. wakakaka. adei, ampun. takmo masuk neraka. T_T

sekian.

entry tergantung-gantung. bukan salah ibu mengandung, salah papa dia yang terasa dikendong tu haa.

p/s : esok kena gak puasa. sebab ingal sehari tu je lagi. HAHA.

0 bebelan: