Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 12, 2011

Floria 2011

bertempat di Putrajaya. salam ape tak bagi tiba-tiba buat siaran langsung. EHEM.
assalamualaikum. (: sedikit happy sebab dah dapat kerja baru. mood tak ketahuan akan datang tak kira masa. harap maklum.

ahad lepas kitorang pergi Putrajaya, sebab ada Floria. esoknya (Isnin) kerja. 1st day kat tempat kerja baru ok. macam biasa. nampak macam chillax je, tapi dalam diri gelabah ayam tak terkira. macam kerja kat pejabat besar je. konon-konon pergi sane nak tenangkan hati la. kurangkan resah di jiwa ni. balik lewat pun takpe asalkan aku tak payah melayan perasaan gelabah aku tu. dah sampai sane OMG. this is our first time and I found it was emmm.. awesome gila! rase nak tido je atas taburan bunga-bunga kat situ. serius suka and know what??! sekarang tempat kerja aku pun kedai bunga besar. bukan pejabat besar pun, tapi serius best! kerja santai. gamak macam nak telan orang je tengok lah bunga. sejukkk hati. someday kena buat surprise buat mama yang gila bunga jugak. nak courierkan dia bunga. hmm. must!

OK berbalik pada cerita asal. kalau tak silap aku Floria ni start 9hb Julai kot. tak tahula last sampai bila. ke malam yang aku pergi tu last night? sebab macam meriah. adoiyai. boleh gila tengok benda cantik, tapi tak mampu milik. macam kereta berhiasa dan taburan bunga-bunga tersebut. bersepah-sepah photographer malam tu OK. dan aku tersipu-sipu segan sebab pakai henpon je buat ambik gambo. tapi takpe. ukur baju di badan sendiri. ceh cehh. tunggulah korang bila aku dah kaye nanti. huh! merayap punye merayap perot yang dah diisi tadi dah mula lapar balik. mane la tak gemok. bau makanan je dah rase nak makan. HAHA. mujur ade husband yang asek potpet-potpet je every time aku cakap nak makan. malam tu terbayang ayam goreng je. isk! ni kira kempunan la ni. tapi sorry. aku takmau KFC. najis. HAHA.

sampai setiap sudut pun kitorang explore dan aku harap takde part yang kami tak explore sebab kaki bagaikan nak tercabut dah malam tu. kitorang belek ape pun tak tahu la. tapi macam ralik lak tengok bunga-bunga tersebut. hmmm. sukaa!

sampai tahap dah letih sangat dah kaki. kitorang pun bergambo dekat area Majlis Perbandaran Pulau Pinang. tu kampung cek aklau hampa nak tau. MUAHAHAH. hampa tak tanya pun cek sebok nak cerita. cek memang kepo. HUUU. mule-mule duduk kat bench yang satu ini. rujuk gambarajah.


gambar aku sorang je sebab hubby pemaluuu sangat. HAHA.

pastu berganjak kat bench yang lain pulak. dan yang ini amat startegik dengan lighting yang baek punyaaaa! kakakaka.


yang ni memang request nak bergambar dengan artis yang seorang ni. payah betul nak bergambar dengan dia sejak kebelakangan ini. hmmp!

saat ini. memang rasa macam Floria tu kami yang punya. dan bunga-bunga tu untuk kami sahaja. biarpun hanya boleh dipandang, tapi aku jentik-jentik jugak para bunga tu sebab geram sangat. huu. tiba-tiba, tengah gedik bergambar, ade satu bunyik kuat betul-betul berhadapan lucky bench kitorang. ade fireworks, atau dalam bahasa ibunda dia, bunga api. (HAHA). gila banyak dan kuat. aku yang spesis penakut ni kau letak bunga api warna pepel pun aku tak layan. aku tutup telainga sampai ke butiran terakhir. serius takut. huuu. macam budak-budak. T_T memang meriah gila. macam meraikan cinta kami sahaja. hmm. blablabla. oh terperasan. huu. tapi usai je bunga api tu kena la balik. kul 10.30 malam dah hampir sunyi dah Floria tu. tapi aku yakin lah. malam-malam pun dah cantik bunga-bunga tu terkena lighting, kalau tengah hari terik aku rasa lagi berseri bunga-bunga tu, baik dalam gambar mahupun secara realiti. hmm, heaven nye. sukaaaa sangat! thanks la kat hubby sebab sudi bawak aku ke situ. terharuuu sangat* sobs.

oklah. next entry pulak sebba dah promise dengan hubby nak tido pukul 11. T_T

sekian.

p/s : Floria gila best. dan ia akan jadik annual event bagi kami. yess! insyaallah. tapi kalau kopak, tak dapatlah den. hee.

0 bebelan: