aku Puan Farid. masih perlukan aku atau tidak? hmm.
sekejap. pergi memasak dan 'save now' dulu buat sementara waktu. satgi kena bebel tak tahan mak nyahh. ;p
hahaha. bersyukurlah anda wahai Jaslin Jamaludin. kerana MIL kamu telah memasak dan menselamatkan kamu daripada memasak untuk malam ini. alhamdulillah. yes, appreciates sangat sangat sebab MIL sudi masak. aku dah capek, balik dari keje. kadang-kadang hanya sempat mentanak nasik je, dan kalau ada extra tenaga, insyaallah, dapatlah goreng sayur ke ape. haha. macam lama je nak goreng si sayur tu kan. lols.
today is my frust day sebab, sebab aku frust. adalah sebabnye. rahsia. sedih dan frust sampai tak sabar-sabar nak tunggu next month to come. walaupun frust, namun today aku berjaya mengawal emosi dari gejala stress dan sedih yang entah apa-apa. sebab memang hari-hari mesti nak stress, sebab, si budak kecik sorang ni. haish, sabar je la. hahaha. tapi nasib baik malam ni dia macam menunjukkan prestasi perangai yang macam memberangsangkan. lagipun, memang setiap hari khamis adalah hari bergembira bagi aku. bukan sebab malam Jumaat, tapi sebab esok Jumaat. bila esok Jumaat, bermakna esok adalah hari terakhir kena bangun pagi-pagi and buat breakfast untuk si suami. bila Jumaat datang, bermakna malam ni adalah malam terakhir untuk minggu ni, untuk aku memeningkan kepala esok nak masak ape untuk breakfast si suami. sebab, biasanya bila esok pagi nak kena buat breakfast, malam ni aku akan stress, pikir ape nak masak. sampai tiba-tiba takda mood ahh macam bengong je benda kecik pun nak stress. aku pon tak suka sebenarnya stress-stress ni. ce cakap, sapa yang suka bila stress? takda sapa, kecuali kau gila.
sejak dah tak berapa nak lekat di rumah ni, memang payahla nak kira berapa jam aku boley mengadap PC macam sebelum-sebelum ni. sebelum ni macam heaven je goyang kaki, ngadap PC pastu kudap-kudap makanan sampaila malam kena buat dinner baru nak kelam-kabut. sekarang boley online sekejap je, dan no wonderwoman la kalau tetiba blog macam sunyi je. kadang-kadang lagi sedih bila sempat tengok je FB, nak post status murah-murah pun tak sempat. macam dulu, aku suka sangat merayap-rayap kat blog kegeraman kegemaran aku, iaitu si bertuah tettt tetapi sekarang dah tak dapat lagi. tabley mention nama dia sebab takut nanti dia perasan plak. apdahal aku nak stalk je. wakakka. ok ok jahat. stalk sebab suka takpa kan? lain la kalau stalk sebab nak cemburu-buru ke apa. saje, nak sebok-sebok tahu perkembangan orang. huu. sekarang ni pas maghrib rilek kejap, tunggu isyak, takpun pergi makan (dinner) then isyak, solat dan terus kena pergi mengajar budak kecik tersebut buat homework atau kalau musim-musim exam cam minggu ni, terpaksalah tahan kepala otak ajar dia. stress gila ok. sebab tu aku tak jadi cikgu macam mak aku. dan aku sangat sangat letih bila ada orang tanya, hang taknak jadi cikgu ka?? sebab walaupun dari segi luaran nampak macam lovely dan penyabar melayan kanak-kanak, tapi sebenarnya aku hanyalah manusia yang ala-ala angelic. HAHA. aku suka budak-budak, tapi yang sweet, tak nakal, tak kurang ajar, tak melawan cakap, tak mengada-ngada. kalau ada yang seperti di atas, sumpah tension aku nak melayan. dan jangan harap aku nak layan macam mak-mak layan anak. kalau kau sweet dan budak yang taat baru aku layan baek punya. sebab aku memang ada ciri-ciri keibuan cuma takda rezeki lagi nak jadi ibu. hmm, serius. aku payah nak handle budak nakal kot, maybe sebab tu Allah tak bagi aku anak lagi. takpun, maybe sebab Dia nak aku enjoy life sebagai isteri yang keanak-anakan dan childish mengada puas-puas dulu sebelum tempat aku diambil si anak kelak. maybe. sapa tahu. tapi jelas aku nampak sekarang, maybe sebab Dia tahu, aku macam ada banyak benda nak kena pikir, jadi Dia tahu aku takkan mampu nak handle benda yang aku pikir tu dengan makan pakai si anak lagi. hmm, maybe. Allah Maha Mengetahui. eventho before this aku macam sedih gila-gila bila failed dalam UPT, sekarang aku macam positive sikit, sikittt je, tentang ketakadaaan rezeki tu bagi aku. alhamdulillah. diberi lagi Allah chances untuk aku gedik-gedik denga si suami. sebab dulu jauh, nak dating pun boleh kira dengan jari. tak kenal beliau sangat-sangat pun. maybe this times are the times to get to know each other, and sumpah, dia sebenarnya sangat penyabar. tak macam aku yang dalam kamus hidupnya ada perkataan 'stress, tension, bencila, nyampah, tak sukala' dan bagai-bagai lagi. sebaliknya aku macam learn something from him. bersabar. senyum dan seboleh-bolehnya sembunyikan perasaan-[erasaan negative tu dari diperasan oleh orang. aku ni muda lagi (ehem,masih muda ok, baru 24), jadi darah macam meluap-luap dan tahu nak memberontak je, tu semua remaja had to admit it. sebab kita dulu bujang, solo, semua ikut kata hati dan kehendak sendiri je. semua nak orang ikut cakap kita. kira nak protes je memanjang. maapla kalau tu sume takda dalam diri korang, tapi aku macam tu. HAHA. aku memang suka memberontak sikit kalau ada yang salah kat mana-mana. aku tak suka orang perintah aku buat itu buat ini, kena ikut itu ikut ini, takda privacy, dan buat semua dalam paksaan, aku memang tak suka. sebab dulu aku kalau ada mood nak buat sesuatu aku akan buat dengan ikhlas dan rela hati. kalau kena paksa, maaf. aku kurang ikhlas. maybe kalau paksa or suruh aku buat pape, aku macam half-half. jadi, memang tak ikhlas la kan? kalau dari pagi bangun-bangun dah tension camne la kau nak melalui hari tu dengan sabar?? mood aku sape lak nak jage kan? haa. eh, tetiba macam meluahkan perasaan. hmm. memang hobby aku akan stress dan automatic muka macam takda senyuman manis dah macam selalu. si husband akan notice benda tu dan dia diam sampai la aku cakap satu-satu ape yang tak kena. nasibla dia pendengar yang baik. pas story morry dengan dia, terusss hilang! how magic is that? adoiyai. itulah gunanya si husband ye kawan-kawan. jadi, cepat-cepatla kawen. HOHOHO. ops, sudah lari tajuk. ;p
this month and upcoming June ada banyak kenduri kawen nak kena attend. sukanya! tahniah buat mereka-mereka yep. :) oh ya. sesapa di sini ada kerja kosong? sila lah PM aku. aku nak keje opis weh. yang ada air-cond, yang opismate dia bukan kaki gosip, pastu bos penyayang dan sopan. aku tak suka la bos tenking-tenking ntah pape. ingat ni tadika ke ape? layan staff macam budak-budak. haish. eh tadi. ade orang kurang sopan tanye aku, 'u orang malaysia ke?'. oh.tidak.com. kenapa?? muka aku macam indon ke? aku pun tanye balik, 'kenapa encik, muka saya macam indonesia ke??'. terus dia cakap, dan cover-line. 'eh, tidak, tidak. tak macam orang malaysia, macam pakistani.' oh, how sweet. nasib aku tak tersimbah air ke ape. HAHAH. yela, aku gelap gulita macam indon. last week aku pergi PD, Telok Kemang. gile panas macam lemang kena panggang. adoi. ok. husband dah balik. nak off dah. sok lak menaip. hohoho.
sekian.
salam sayang.
be safe. mwahhhs!
p/s : mode : gembira, tenang, syukur Alhamdulillah. :)
Kulit Berminyak Pun Wajib Pakai Pelembap
8 years ago






0 bebelan:
Post a Comment