Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 6, 2011

Update Terpaksa

sebab? sebab tadi ada member message & mentioned yang dia baca blog aku dari mula pastu tergelak sorang-sorang. adoyai. jangan sampai blog aku kena banned sebab buat orang ketawa sorang-sorang. tak mahu. T_T

eh, today's my birthday. almost a month baru aku rasa bernapsu nak update. ngee. terima kasih hubby sebab belanja saya 3-layer-tea sebanyak dua gelas dan sekeping roti telur yang saya makan sampai sengkak dada ni. T_T best yang. rase nak lagi, tapi lain kali eh? nak dua gelas jugak. boley? ;p

kalau sebelum ni birthday disambut dengan family & dapat hadiah tanda kasihan tapi tahun ini tidak lagi. no more hadiah from them. but why?? i cannot accept it sebab setahun sekali je. wuu wuuu. tapi takpe. dorang dah bagi hadiah terbesar dalam hidup aku. dorang bagi aku kawen dengan si suami. syukur alhamdulillah. taknak hadiah lain dah! betul. :) sejak-sejak dah dewasa ni, memang aku takda celebrate birthday tiup-tiup lilin bagai. memang tak buat lama dah. tak pevaya pergi tanya mama & ayah. tetiap tahun paling dasat pun dapat seketul hadiah. kalau macam malang sikit memang tak dapat apa even sekeping ucapan dari hati. takda sama sekali. huhu. tapi sejak kawen ni, mak mertua offer nak celebrate. nak buat majlis sebab memang dorang suka buat-buat majlis ni. birthday husband pun dorang sambut. aku yang dah terbiasa tak sambut ni macam geli geleman lak bila ada yang nak sambut & susah-susah masak untuk aku. takmolah. aku takank kacau weekend aku dengan adegan memasak dari pagi sampai petang. T_T weekend ni aku nak attend kenduri orang, jogging & jumpa member dari Sarawak je. yang lain memang takda dalam kamus hidup. ceh ceh. sedap je aku duk potpet-potpet kat sini sedangkan hubby sudah lena diulit intan. intan??? intan tu syaalah. kikiki.

oklah. cukuplah buat kali ini. alhamdulillah sebab masih hidup sampai hari ni. :) terima kasih mama sebab jaga intan dengan baik, dan telah lepaskan Intan pada insan yang baik. :) dia jaga Intan pun dengan baik. dah 24 tahun hidup baru tahun ni tetiba tersedar perangai sebenar aku. tapi takpa, biar aku simpan je. HAHA. tapi mama sangat paham perangai aku yang satu ini. isk, kena buang perangai ni. sebab aku pun benci. isk! sempena tahun kelahiran yang baru ini, aku cuma mohon dua perkara je. perkara yang itu dan perkara yang ini. perkara yang ini tu perkara yang ini. mahu sentiasa bahagia dengan kehidupan mendatang, tak kisahlah sekuat mana pun cabara, aku harap aku tabah & kuat untuk tempuhi semua tu, dengan adanya si suami di sisi. sebab sekarang aku hanya ada dia untuk bela aku. akalu aku mintak mama bela aku, boley tak dia ignore je message aku?? HAHA. sangat dramatic masa tu. hmm! pape pun aku rase, this year is the blastest year yang penah aku lalui dan aku bersyukur sangat-sangat. dan sekarang tengah tunggu another blaster lak yang datang ceriakan hari-harai aku, tapi bile? huhuhu.

oklah. perlu tidur sebab esok nak bangun pagi dan takbley tido dah even selepas subuh sebab esok kena attend kenduri sedara kat Port Dickson. bley tak aku imagine konon-konon ada surprise party untuk aku kat kenduri tu sempena birthday aku?? heh, gile perasan pempuan ni! HAHA. oklah.

gudbye readers yang sudi baca. :) haa, tak lupa untuk Haslida Zakaria. hapy birthday gaks buat kamu, yang ke-24 tahun. :) beza sehari saja, opkos aku tak lupa. hehe. terima kasih sebab wish untuk aku dan juga sebab sudi membaca blog gila aku ni. nama pun blog gila, aku harap hang tak gelak sorang-sorang dah pasni. wuuhuu. love you friends. :)) forget me not.


sekian.

assalamualaikum.


p/s : tiba-tiba tkut nal tido sebab dengar macam bunyi tikus dalam bilik ni. :( sobs.

0 bebelan: