Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 7, 2011

Semalam

assalamualaikum.

jawab jawab jawab!


semalam pagi² hanya served Hazelnut White Coffee Instant saja untuk husband. tapi tapi tapi. telah memasak spaghetti dengan jayanya. aku rasa kalau suh aku masak kari memang failed. tapi disebabkan spaghetti ni makan ruji dan juga specialty aku, maka tidak hairan dan terkejut sangatlah kalau tiba-tiba berjaya memasak. HAHA. belagak!


macam biasa. rebus spaghetti tersebut sampai lembut. jangan lembut sangat nanti tak sedap. letak beberapa titis minyak to avoid mee² tersebut dari melekat. bila melekat tak best, dan mungkin akan ada yang tak sempurna masaknya. bila dah siap, tos dan letak ditepi dulu.
ambik kuali, gorengkan garlic yang dipotong dadu dengan sedikit minyak. dah hampir garing, tuangkan minyak garlic tersebut ke atas mee² tadi dan gaul rata. ini untuk kesedapan tahap maksima.


macam biasa jugak. guna Prego Traditional, sebab yang itu adalah sedap. tumis bawang besar & bawang putih yang telah dipotong dadu sampai naik bau. lagi banyak bawang putih lagi sedap. bila dah terbau-bau bau bawang, masukkan isi ayam atau dalam English Education nya minced chicken, dan masak sampai agak² ayam dah masak. sila masukkan sebotol kecik Prego Traditional untuk separuh bungkus mee. kalau buat sebungkus mee aku syorkan guna sebotol besar Prego Traditional sebab aku suka banjir². orang Penang memang macam ni. T_T selepas itu, masukkan sos tomato sampai achieve rasa masam yang diidamkan. tak lupa juga, tomato yang dah dipotong nipis² & garam secukup rasa. kalau di Penang dulu, wajib memasukkan hirisan button mushroom dan chicken meatball supaya spaghetti nampak kaya dan mewah. tapi di sini tak boleh nak makan sorang² ye, tak elok. jadi aku tak masukkan cendawan. MIL alah dengan cendawan. chicken meatball pun tak letak sebab emm jimat jimat jimat. nak sedap lagi, taburkan sikit serbuk black pepper. kalau agak² macam mewah dan nak nampak macam Secret Recipe punya spaghetti, bolehlah menabur cheese di atas spaghetti anda. mudah bukan? bukan mudah. pecah peloh jugak nak buat ni. maap ler kalau termasen ke apa. awok kadang² terbuat salah jugak. T_T

dari tengah hari tu sampai lepas asar, kerja aku adalah membalun spaghetti tu. tak ingat pulak brape mangkuk dah. T_T sampai muaklah. sobsobs.

pastu terbosan-bosan tak tau nak buat apa. husband pun bosan. pastu dia ajak pergi tengok wayang. (yeehaaa!) beliau lalu menggoogle movie² terlatest & waktu tayangannye. last² decided untuk tengok Black Swan saja. pas maghrib kitorang keluar umah. punyelah awal sampai. show pukul 10pm, sampai sane jam 8.30pm. sekali lagi terbosan-bosan tak tahu nak merempat mana. last² pergi belasah McD. walaupun tadi macam muak, tapi bila nampak McD rasa macam belum breakfast pun lagi. T_T haa, haa. kitorang jumpa Diana Danielle woo. gile jakun lah kan. HAHA. pastu baru terperasan. dia dengan si parid kamil rupanya. masa tu jalan macam slow² sebab duk teragak². nak pi pose² gedik dengan dia ke taknak. yang hubby duk saiko suruh pergi. tapi takmolah. kang si Diana perasan aku minat gila dengan dia pulak. no no noo! HAHA.

ok. Black Swan memang best. cuma ending dia macam buat aku penasaran sikit. dia mati ke apa? isk! memang tak suka cerita tergantung macam tu. hmm.
takpa-takpa. lepas ni nak menonton Rango pulak. ada Johnny Depp. yeeeehaa!!      



sekian.


p/s : nak memasak Maggi. diet, tapi tak sanggup menahan kelaparan. T_T malam karang time lepak² dengan member hubby pun mungkin akan membelasah makanan lagi. uhuhuh.







3 bebelan:

tim_fs said...

leen..wah skang dah pndai msk nmpak..good good,mana gamba spagetti yg dah siap tuk hidang..

Jaslin Jamaludin said...

alaa sis tim.. bila dah siap masuk mangkuk nak makan memang tak sempat dah nak capture-capture.. time tu ingat nak masuk mulut je.. hukhuk..

Jaslin Jamaludin said...

leen masih beginner.. still learning how to cook.. hikhik.. tp banyaknye dari Google, pastu alter-alter sendiri.. tak pun mintak resipi dari mama.. :))