semuanya pedih. pedih sebab sedih, satu hal. pedih sebab tadi bergelumang dengan cili kering pun satu hal. ni semua gara-gara semut yang merayap-rayap kat tengkuk tadi la ni haa. abeh pedih tengkuk aku. huh!
eh, assalamualaikum. :)
emm, I masih rindu kampung halaman I ok. memang biasa macam ni. It takes time to heal. YES, time will heal it. ceh ceh. seronok balik kampung. even hanya 5 hari 4 malam. sumpah heaven. sampaikan telah sampai hati terlintas kat kepala hotak ni, nak suruh hubby balik PJ sorang-sorang, sedangkan telah datang secara duo berkumpulan meredah hujan, hutan dan belantara bersama-sama, last-last paksa hubby balik sorang. I am so mean! HAHA. tapi, tetap balik bersama juga. bukankah telah berjanji mahu sehidup semati? ceh ceh lagi.
semasa on the way mahu pulang hari itu, kami telah singgah ke rumah atok si hubby kat area² umah aku jugak. lepas itu, menjamu perut dengan butir-butir kacang menglembu cap apa tak tahu la pulak, kat rumah atok beliau. selepas selesai makan dan minum, kamu mahu pulang terusss ke PJ, dan tak berniat mahu balik ke rumah aku semula. tiba-tiba, dengan tidak semena-mena ayah telah menelepon aku dan bertanya aku "di mana". "dah nak pulang ka?". "minyak kereta ada?". "ayah baru abes keje, ingat nak balik la tengok intan & Farid sebelum hampa balik". tiba-tiba, airmata pun macam nak menitis, tapi aku tahan. kena lah tahan, nanti hilang kemachoan aku. T_T hubby duk memerhati nih, haa.
hubby tanya siapa yang call tadi, aku pun berceritalah dengan lanjut dan..
airmata pun menitis. aku memang tak boleh nak buat flashback² ni. nak cerita or explain balik perkara yang sedih akan mensedihkan aku. percayalah. si hubby yang melihat titis² airmata aku tadi pun telah membuat tawaran hebat. dia ajak patah balik ke rumah dan jumpa ayah sekejap. oh, itu memang tidak logik. sebab ayah baru selesai pekerjaan dia jam 3. nak balik merentasi Jejambat Pulau Pinang pun satu hal. makan masa jugak tu. abes, pukul berapa mahu pulang? aku tak mahu merentasi kawasan Ipoh pada waktu malam, time jalan gelap gelita. sangat bahaya ok. last², harapan tinggal harapan. takpalah, lenkali aku balik lagi. T_T
hey, memang dasar anak manja lah. aku memang tak suka nak berjauhan dengan parents. parents aku cool je, aku je ni haa sadis lebih. bukan apa, aku memang dari dulu akan bagi seribu satu alasan kat parents dengan harapan dorang paham dan takkan paksa aku hidup berjauhan dengan mereka. tapi dah kawen ni, takkan nak bagi alasan lagi? dah tentu² lah kena bersama dan membuntuti ke mana saja hubby pergi. itu adalah kenyataan yang sangat pahit even stay dengan hubby adalah heaven. T_T
sedih sebab tak sempat hilang rindu pun tak abes lagi, ni aku dah sedih lain pulak. sok ade interview. aku dah lama tak pergi interview sampai aku takut tak boleh all out time interview tu esok. aku pun dah malas nak berharap untuk dapat job tersebut. sekadar mencuba je ni. untung kalau dapat bolehlah menshopping setiap bulan. tambah pulak tempat keje alahai sekangkang kera je pun. rugilah kalau tak dapat. T_T
takpa. pray, pray, pray.
hari Jumaat lepas telah menziarah opah dekat SP. sebelum pergi tu dah order dengan kezen, aku nak laksa mee. dan, setibanya di rumah beliau, eh eh memang ada laksa mee lah. MasyaAllah, punyelah teringin sebab kat PJ memang jangan bermimpi akan jumpa makanan tersebut. orang kampung kami saja yang familiar dengan makanan itu. siapa di sini warga Pantai Remis, Perak, haruslah tahu akan makanan ruji yang satu ini.
eh, mana datang semut² ni?? rimas akulah! haish!! (sambil menggentel perut semut yang mungil-mungil belaka ni. sape suruh merayap-rayap sehingga menimbulkan kemarahan aku?? haa.) - selingan.
sambungan.
aku pun membelasah dua pinggan laksa mee dan hubby, jangan tanyalah. sebab aku pun tak bilang berapa kali dia makan. dan berita baik, aku telah mentapaw raw laksa mee untuk dimasak di PJ ni. ada laa dalam 4 ketul. cukup la kot. dah tu, tak sangka tahu. kezen sanggup mempecahkan peluh membuat kek pelangi untuk aku. tu memang specialty dialah kan. tak suruh buat pun memang dia kan wilingly buat sebab dia memang suka buat. terharu sangat. layanan dorang sangat special. bila balik rumah, cerita dekat mama, mama dengan nada jeles berkata "alaa, depa bukan apa tu. depa ingat hang berbadan dua kot.". oh.tidak.com. kasihan. aku telah mempermainkan perasaan mereka. si Juju (adik) lagilah kejam. dia mintak anak menakan dengan aku. T_T mana nak cari??
hari Sabtu.
pagi² telah bangun. hubby je bangun lewat sikit. kasihan dia. macam baby. hiks! sudah mandi je aku menepek kat depan rumah tengok TV. mama je buat muka pelik. pastu suruh pergi bersiap. wajib attend kenduri rumah Principal sekolah tempat dia mengkaunselorkan student dia. ok, aku & hubby pun bersiap lalu membuntuti (suka plak dengan buntut² ni tak tahu la kenapa HAHA) mama & ayah dari belakang (menaiki kereta. jadi, buntut keretalah maknanya.). kat sana ada roti canai, char kuey tiaw dan macam² lagilah. tapi tapi tapi, perut macam dah kenyang sebab malam semalam balik dari makan laksa mee, pergi membelasah nasik dengan gulai ketam + nanas la pulak. so, perut macam nak senak dengan makanan. dah tu lepas ni nak pergi rumah pengapit pempuan aku yang hari tu pulak. kakak dia kawen. aku pun cepat² membelasah nasik kenduri dengan cendol yang wallamak memang sedap. dan memang takda kat PJ. ah, semuanya takda kat PJ. bosan!
selesai makan, cepat² gerak sebab mama pun kena attend kenduri umah orang lain pulak lepas tu. kami straight ke SP dan ke rumah Fad. wah wah wah. cantik ok. purple theme. tapi malang, semua gambar ada dengan Fad lagi. nanti dia publish, aku dah copy, InsyaAllah aku tempek kat sini ok.
sudah kenyang. maka kami pun mintak permisi mahu pulang. tapi hubby takmaw pulang. dia ajak pergi melepak. aku yang murtad SP & Penang ni macam blur memikirkan tempat lepak yang best lalu bertanya kepada Fad. "Fad², kat mana bley lepak²?". Fad dengan selamba ya ya menjawab "masuklah dalam rumah, kita lepak kat dalam naa?". eh budak ni. salah paham la pulak. HAHA. ok fine. kami masuk sekejap dan snap² dengan pengatin perempuan yang mak aiii, tingginya macam galah. adoi, kami yang rendah diri ni terasa sangat segan silu lah. adoiyaii. tapi rasa macam pemes sekejap bila OP dorang pun sebok² nak ambik gambar kami berempat. ceh ceh ceh.
kemudian, kami pun bergerak. pergi ke kereta dan memecut laju. kononnyelah. dengan cuaca yang panas terik, yang takda kat PJ tersebut, aku usulkan kepada hubby supaya pulang saja. boleh tido, dan spend masa bawah ketiak mama puas-puas. tapi hubby cakap, rugi je balik jauh-jauh nak duk umah je. baik pergi berjalan-jalan. ok, fine. jum, pergi Penang. takda tempat yang aku tahu jalan melainkan ke Queensbay Mall, sebab turun Penang Brigde boleh ambik kiri terus dan akan ada signboard tunjuk jalan nak ke Queensbay Mall tersebut, memang mudah. aku memang suka benda yang mudah saja. kang sesat aku jugak yang akan dimarahi. T_T
dah sampai Queensbay, kami pun pose² gedik. aku lah yang paling gedik sekali sebab gambar aku yang paling banyak. wuu~
selepas itu kami pun menyusul masuk ke Queensbay Mall. tadi kami kat tepi pantai. Queensbay Mall ni berhampiran dengan persisiran pantai. sumpah best! cuma panas je. cair puteri lilin ini. T_T
masuk mall je terus pergi menserbu cinema. kami nak tengok Rango. hubby terpaksa ikut demi niat murni si isteri yang rindu akan suara si Johnny Depp. memang ciput je pun suara dia dalam movie tu. malaslah nak cerita sinopsis dia, kang ada yang frust pulak. tapi memang hangin dengan sorang penonton tu. gelak tak hingat dunia. rase nak balik je lidi chicken meatball tu masuk mulut dia. haish!
khatam movie tu jam 8 malam. ingat nak balik terus lah. tapi tiba di entrance, tengok² hujan macam lebat. so masuk balik dan buang masa mensakitkan kaki jalan² tanpa tujuan. last² surrender dengan hujan dan kami pun reddah jeee.
sepanjang perjalanan nak balik rumah tu alhamdulillah tiada kesesatan berlaku. oyeah, oyeahhh! then dah nak sampai rumah telefon tanya mama kalau-kalau dia nak makan ke apa. sebab tadi perut macam kenyang, ni tiba-tiba lapar pulak. kami pun pergi membelasah nasik ayam malam yang keluar dengan ayah tu, dan nasik goreng istimewa untuk hubby yang istimewa. ceh ceh. sudah kenyang balik rumah solat² tidooo. eh, rasa macam tak tido lagi kot. kitorang tengok citer Firestarter kat tv. sampai habis.
pagi esoknya (Ahad), awal² mama dah potpet² kat luar pintu bilik ajak pergi Perak pekena nasik kandar terbaek kat sana. memang terbaek pun, sebab ayah memang sanggup drive jejauh demi nasik kandar tersebut. dan kadang² tujuan balik Perak memang semata-mata nak membelasah nasik kandar tu saja. tapi aku ada niat lain. aku suka nak mensoping make-up stuff kat kedai Best Buy Shop sebelah Billion tu. HAHA. macamlah korang tahu lokasi dia kan. T_T
tapi sebelum melantak nasik kandar tersebut, kami jalan-jalan di Lumut & Pulau Pangkor. sedih. semalam baru hubby cakap yang gambar dia takda satu pun kat Pangkor tersebut. kasihan. lepas ni dia takda buktilah menyatakan dia pernah menjejakkan kaki dia kat Pangkor. lalalala~
selepas dah puas mensoping kami pun balik. sempat lah aku mensebat sehelai dress labuh konon-konon macam insaf lah. nak berpakaian berciri ladies sikit lepas ni. tapi bila try kat rumah alahai, persis seorang ibu mangandung lah. T_T
pagi Isnin.
telah bangun tido dengan sedih. bangun awal pulak tu. then mandi² dan kemas baju² mana yang masih bersidai kat ampaian. ambik dan lipat masuk dalam bagasi honey, atau lebih manis, dalam luggage. English Education pun penting tawww! pfft!
mama masak nasik lemak. sebab hari tu merungut teringin nak makan nasik lemak mama, rindu. complete dengan kari daging pekat lagi. sedih. bila mama pakai celana pack kan sikit untuk dibawa balik ke PJ. pastu balik dari sekolah dia, dia singgah beli cendawan. nak gorengkan bagi aku makan. pun siap tapaw jugak. alahai, baiknya mama ku. rindu tahu, rindu. agak² lepas semusim baru aku akan pulang ke Penang lagi. bak kata Juju (adik), "3 bulan sekali baru aku nampak hang." "elok aku dah patah merata baru hang balik.". dia accident. tapi macam dah lali dah. dia memang rajin accident, tak tahulah dia memang suka ke apa. degil pun ada. haish!
sebelum balik telah mensalam mama. siom pipi bagai. time ni airmata bergenang dah. duk pikir bila lagi boleh balik. kalau tiba-tiba dapat kerja ingat senang² ke bos nak bagi cuti balik kampung?? tiap kali cuti sekolah, ingat senang ke hubby nak apply cuti?? time ni memang rasa chances untuk selalu pulang memang tiada. melainkan aku balik sorang. kalau balik sorang kasihan hubby. dia kena buat laundry sendiri, makan minum tido semua pun sendiri. manalah sampai hatiku ini. T_T
sekarang cuma berpegang pada kata-kata orang je. orang kata kena give and take. then , kena grab satu je dalam satu masa. sebab kita takkan dapat semua yang kita nak. kalau nak parents, kena lepaskan hubby (sekejap). kalau nak hubby, kenalah tinggalkan parents (sekejap). dan itu adalah kenyataan yang pahit ok. macam yang telah disebutkan tadi. moga-moga dengan kesibukan rutin harian lepas ni, bolehlah aku slow² menstabilkan emosi dan perasaan sedih aku ni. hmm, mudah-mudahan.
eh eh. hubby telah pulang. awal lah pulak. selsema kata dia. kasihan. lagi kasihan bila pulang² tengok bini tengah sedap² berblog. belum masak pun lagi. tu lah. nak balik awal tak bagitau. tengok, softcopy resume aku pun dia lupa nak print. sobsob. T_T
sekian.
p/s : tiba-tiba macam gelabah. masak belum. solat pun belum. haih, lagho, lagho. HAHA.
Kulit Berminyak Pun Wajib Pakai Pelembap
8 years ago






0 bebelan:
Post a Comment