Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 23, 2011

Kopi Lagi??

salam tengah hari atau pagi buat aku. sebab kul 11.30 baru tahu nak celik mata. punyalah mengantuk, tak tahu kenapa. tapi sekarang kan musim hujan. jadi rasanya cuaca yang buat aku mengantuk. ceh ceh.

semalam untuk dinner telah masak asam pedas ikan cencaru. hmm, sedap. boleh tak puji diri sendiri? HAHAHA. dah kenyang dengan nasik & asam pedas tu, boleh pulak ajak hubby pergi mabuk-mabuk (minum-minum) kat mamak. pas solat Isyak aku pun siap dan tiba-tiba tak jadi pergi mamak. T_T am craving for teh tarik ok, selain jeles sebab malam esok and malam lusa dia nak mabuk-mabuk bersama rakan taulan dia. aku?? rakan taulan pun takda. sobs. tapi tapi tapi, ada offer yang lebih lumayan. hubby ajak pergi Old Town lah. wahh, pucuk dicita ulam mendatang. boley? HAHAHA.

kami pergi yang dekat dengan area Damansara saja. kira the nearest dengan rumah lah compared dengan yang kat Bangsar tu quite jauh, tapi tak jauh sangatlah. sebab kalau jauh pun berbaloi-baloi. pfft!

sampai saja terus order minum. mula-mula niat nak minum-minum saja kan. tiba-tiba teringat Javanese Mee yang dulu tu. slurppp! tadi kan dah makan? tapi tu tadi, ni soal sekarang. mesti makan. lantas mengorder Supreme Javanese Mee. pastu tengok ada yang lain, Javanese Mee biasa saja, lebih murah. aku pun order. cancel yang Supreme tadi. hubby order roti bakar dengan Chicken Curry. minum lak aku macam biasa, dengan kopi lagi. Hazelnut White Coffee, memang takkan jemu sampai bila-bila I swear!! HAHA. hubby plak order Red Bean ape ntah. macam blended Red Bean, sedap gilos. macam ice-cream potong. wahhh.


see, bersepah menu. aku yang dah kenyang dengan nasik tadi pun boley nak sumbat semua menu di atas ok. pfft! sesambil menunggu order sampai. si gadis pun memulakan aksi-aksi panasnya gediknya. posing sana, posing sini. macam cafe aku yang punya. eh tak tak. posing biasa saja. T_T


satu.


dua.


tiga.

ok. gambar hubby satu pun takda. sebab dia tak suka. dia siap cakap, "sudah-sudahla tu." kat aku. T_T

pada mulanya start bulan ni memang nak puasa dari minum coffee, tapi failed lah. hmm, sekali sekala takpa kot kan? tak mampu aku untuk bertahan menahan coffee. ceh.


mula-mula air sampai dulu.
macam tahu aku memang duk tunggu saat ini saja.
hohoo.


kemudian roti & chicken curry milik hubby
pun sampai. hmm, macam sedap.


boley tak?
Javanese Mee aku sampai last sekali??
hampeh.

makan makan makan. then mendapat inferens. Old Town Bangsar lagi best kot. even sini macam tak ramai orang and lebih privacy tapi kat Bangsar lagi happening. coffee dia lagi mmph! dan Javanese Mee dia lagi pekat kuahnya. macam menyesal la pulak. I should order the Supreme one lah. yang tu ada sambal sotong dan sambal ikan bilis. arghhh, wish to go again the next month. boley? HAHA. memang takkan puasa coffee lah kalau macam tu. pfft!


hey, boley pulak pergi buat review pasal makan sedang perut berkeroncong hebat ni. dahla puasa. lapar tahu. pasni ada lagi 5 hari nak kena ganti. biasa memang buat puasa enam sejurus puas beraya, tapi last year pas raya terus kena masuk keje aku macam stress dan macam protes terus tak puasa, gila teruk. last-last diri sendiri binasa. orang lain menikmati nasik lemak pagi-pagi, aku sahur susu panas je tadi. sobs. takpa, malam kang nak kecek kecek hubby minum teh tarik pulak. macam kat rumah tabley buat sendiri. HAHA.

sekian.


p/s : sebab puasa lah kot, mata macam ada gam je. pfftt!

2 bebelan:

AdaNaz87 said...

aura selepas kahwin sungguh berseri-seri. apa rahsia? ;p

Jaslin Jamaludin said...

cik ada atau bakal puan ada.
mana ada rahsia sangat pun. tapi yang leen tau dengan perangai budak2 leen ni, leen buat si hubby macam rakan gurau je. hari2 men geletek2. banyak gelak sangat tu yang macam ni kot. huu, sedey. macam tak matang je. ;p