Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 27, 2011

This Age

I am number four 24, will be 24.
umur macam aku masih boleh enjoy² lagi. berparty, berhuha-huha, pi sana pi sini. pi clubbing, oh tidak.
tapi aku, dah ada title lain. jadi semua tu simpan dalam poket diam².

Dalam umur² macam ni, biasalah. darah muda. tahu nak melenting je. dengan mak aku pun kadang² termelenting, ni kan pulak dengan orang lain kan? syukurlah aku tak melenting dengan MIL. makan penampor aku nanti. T_T

Aku bukanlah panas baran, bukan kepala hangin. cuma, kadang² bila simpan lama² dia macam nak explode. gunung berapi sekali explode macam mana? haa, mestila keluar lava. tapi aku keluar magma. pfft!
dulu masa bujang boleh buat keputusan sendiri, boleh buat semua ikut kepala sendiri. kalau orang bantah cakap kita, kita nak lawan balik sampai kita menang. sebab macam loser, kalau tak boleh menang dalam benda kecik macam tu. wahh.

Darah muda kan macam hot. panas lagi. kalau jadi bini orang takda hot dah darah tu. manis je, kot. dulu masa bujang aku nak orang yang ikut cakap aku. pastu bagi seribu satu alasan kukuh untuk betul² menang tanpa bertanding masa tu. aku payah nak terima perubahan. contohnya dulu meja duduk kat satu tempat tu. pastu tiba² diubah dan macam tak practical bagi aku, pun aku nak membebel dan nak buat kepala. teruk gila. HAHA
kalau aku dah kemas rumah, pastu si adik yang mulia pi buat semak, pun aku nak melenting. sebab saja je nak buat aku rasa macam orang gaji. kemas berkali-kali tapi duk macam tu jugak. tapi sekarang, mudah-mudahan boleh selalu tolerate dengan orang sekeliling. dan bertolerate dengan perasaan sendiri juga. ye la, asyik nak ikut kepala sendiri je, kepala orang lain macam mana??

Aku pun tak suka la marah². tambah² dalam keadaan sekarang (konon² mengandung HAHA), aku memang taknak marah² la. ia akan menyukarkan proses blablabla. jadi tak mahu marah², sumpah aku tak mahu. bad mood apetah lagi. sebab yang selalu notice aku tengah bad mood adalah hubby. kesian dia. kalau aku stress, bad mood, dia lagi la. triple! tak suka macam tu. sepatutnya pas kawen buat banyak pahala, ni dah melibatkan diri dalam dosa pula. tak mahu. T_T

Jadi sekarang, the best solution is.. senyum je. orang kata kita gila pun takpa. aku gilakan dia. ececeh.
haish, mudah-mudahan lepas ni boleh jadi lebih matang dan lebih bertoleransi tambah-tambah dengan budak kecik tu. dengan budak kecik pun aku nak bergaduh taw! tengoklah betapa hancurnya hati dan jiwaku tak matangnye aku. tapi dari dulu lagi aku memang geram dengan budak² degil ni. janganlah ada yang mencabar kesabaran aku. kang aku terbuat yang bukan² naya anak orang nanti. huhh, mintak simpang. HAHA adei, takut aa, kalau² terhilang sabar kan. tapi kalau tak sabar macam mana nanti? haish.

Betul la orang pesan. dah kawen² ni sabar tu penting. MasyaAllah. kalau dua² laki bini tak sabar abeslah rumahtangga. nasibla kalau aku moody dia diam je. tapi dia duk tanye² nape aku moody aku lak jadi sedih. haih, pempuan, pempuann. memang dasar perempuan lah! sikit² touching kann. HAHA.

InsyaAllah, lepas ni akan menjadi yang lebih baik dari semalam. dan semoga niatku ini dipermudahkan olehNya. :(

Tibe² teringat dekat mama. we used to fight to each other. setiap hari ye, setiap hari. we used to nagging² sampai dua² collapse. gile dasat. ayah boleh geleng kepala saja. HAHA. tapi kalau ada adik aku, best. memang best. sebab dia akan back-up aku sampai mama rasa down. ouh, gila jahat. tapi tu takda la lawan macam nak dia down betul². takda². saja seronok nak menang. HAHA. paling dasat bertekak dengan mama adalah time sibuk² nak buat preparation kawen. memang non-stop, bergaduh. ade je yang tak sekepala. dari pasal doorgift sampailah procedure nak bertukar² hantaran dengan pihak laki. kerepek apa, sweets apa, cupcake yang mana yang nak disumbat dalam goody bag pun jadi bahan. malam sebelum nikah sangatlah sedih. masing² nak menang kan. aku nak hantaran dibawa masa nikah, means bawak ke masjid. mama pulak nak hantaran bawak ke dewan. nak buat apakah? kang orang rembat Nina Ricci aku macam mana?? last² dia membebel pastu frust sebab terpaksa mengaku kalah. lagipun dia dah takda point nak lawan tu. hikhik. tapi pastu ok balik. gaduh² manja gitu. alaa, masakan melayu lidah boleh tergigit, inikan pula anak-beranak, boley? HAHAHA.

Tapi serius rindu. dah jauh² macam ni time gaduh² tu terasa manis sangat. rasa macam baru semalam je berpisah dengan mama. sangatlah tipu. semalam bukan kau berparty ke?? pfft!

Kalaulah dapat tinggal dengan mama lagi waktu ni, petang² macam ni aku setia tunggu mama balik dari sekolah. nyanyaw lak setia menanti bersama aku. ouh, rindu nyanyaw. T_T pastu mama balik je akan siap² bergegas ke pasar tani, ada orang jual² makanan sedap. dicipta khas untuk makhluk pemalas macam aku. kalau mama tak suruh, sumpah aku tak masak nasik sehari. sementelah memang tengah berdiet kan². selepas itu akan pulang dan menonton Benci Bilang Cinta blablabla sinetron yang panjang berjela tu. pastu malam pas isyak memang masing² buat hal sendiri dah sebab mama kan cekgu, jadi dia busy. tak macam aku. free. esok pun sama. pagi masak untuk aku dan nyanyaw je. Arghhh, rindu mama. T_T

she is the apple of my eyes. 
sayang mama.


ini Nyanyaw.
kucing tersayang aku, and it always be.


rest in peace Nyanyaw.
I always love you.


sekian.

p/s : si penulis sedang melayan perasaan sedih dan kemurungan beliau. sambil mendendangkan lagu Dendang Perantau.
rasa nak gigit jari je. T_T

0 bebelan: