Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 25, 2011

Semalam yang Hangat² Najis Ayam

sangat hangat sampai aku rasa nak tido berbantalkan air-cond.
semalam sangat excited. nak masak untuk suami tersayang dengan harapan mendapat puji-pujian lalu dapat tido sambil tersenyum sepanjang malam tanpa terjaga² di tengah² malam.

pagi semalam dengan semangat mensediakan bahan² memasak. aku kuarkan ayam, udang, sotong dan semua lah  dari fridge. pastu ter-collapse. mula² niat murni nak landing² je, tak sangka boleh tertipu dek cuaca dingin petang² tu. boleh pulak tertido sampai 3.30 pm. memang dasar kuat tido. macam manalah tak gemuk kan. bangun² terus cari air nak amik wudhuk. boleh pulak tido tak solat dulu. HAHA. bukan salahku. niat aku nak landing je, TERtido, nak wat macam mana. ;p tiba² takda air. jadi agenda memasak macam dah tergendala sekejap.
pas solat buat² lengah lagi. 4.30 pm baru terhegeh² potong ayam dan sebagainya. mujur mak ade simpan air spare kat umah. kalau tidak harapan hanya tinggal harapan la. T_T

kelekung kelekang! kelekung kelekang siap!!!
tom yam pedas² dan masam² dan siap. ngee~
macam magic pulak tiba² dah siap. abeh takkan aku nak taip pepanjang cerita apa aku masukkan dulu, pastu masuk apa dan banyak mana garam nak guna??
panjang ceritanya tau.

pastu bertungkus-lumus mensiapkan telur bungkus pulak. time ni paling banyak cabaran sebab pahaman tentang telur bungkus aku dengan telur bungkus mak sangat berbeza. aku pun macam terkeliru sekejap yang mana yang betul, yang mana yang salah. aku hampir² nak terpedaya dengan kata² mak. nasib tak pi Google je secara tiba². kalau tak dah jadi satu keje lain pulak. nak pi search gambaran sebenar 'telur bungkus' tersebut. walaupun aku macam konfiden dengan pahaman telur bungkus versi aku, tapi kadang², manusia melakukan kesilapan jugak. apetah lagi mak lebih dulu makan garam kan. manelah tahu kalau secara tiba² aku terhilang ingatan dan mengalami halusinasi ke apa. nasiblah aku seorang yang teguh imannya pendiriannya ceh ceh. terus jugak melenserkan telur dalam kuali secara konfiden walaupun terdengar lagi kata mak, 'telur bungkus tu dia campur semua sekali ayam, mana ada bungkus²'. ok, teruskan perjuangan. HAHA. dengan keringat yang ada cuba membuat telur lempeng yang betul² ramping lah. dan fragile sikit supaya mudah dilentur² nak buat bungkusan. even macam hangit sikit. sebab sambil buat duk dengar ape mak cakap². aku hanye mampu ketawa seorang diri bagai nak gila kat dapur tu. cabaran, cabaran.
tu baru nak buat telur bungkus. belum nak buat ayam masak merah, nasik beriyani dan nasik hujan panas lagi, haa.

last² siap jugak telur bungkus aku. fuhh! memang letih. sebab kena berperang dengan perasaan. T_T

dah siap semua. tunggu hubby balik. lepas maghrib memang akan makan bersama-sama. tapi kadang² tertewas jugak. akan dinner sebelum maghrib. lagipun kalau makan over than 7 pm, orang cakap orang kurus boleh jadi gemuk. yang gemuk ini macam mana pula??

usai solat maghrib. kami pun menuju ke meja makan. ececeh, dengan berlagak dan actionnya, pergi mempanas dan mensendukkan tom yam buatan tangan tadi ke dalam mangkuk. surprise la konon.
letak di meja, dan dihidang bersama telur bungkus tadi. telur bungkus adalah lebih menselerakan dari tom yam. hmm. kenapa kenapa kenapa?

aku menpelawa-lawa mak untuk makan sekali. tapi macam bisa, mak akan tunggu isyak dulu baru dia akan makan. jadi, kami makan berdua saja. alah, jadilah. makan malam cahaya lilin di rumah pun not bad ape. asalkan berdua.



sambil makan. aku pandang dia, dia pandang aku. dia pandang aku, aku pandang dia. romantik la konon. padahalll, diri ini sedang mengharap pujian dari dia. HAHAHA. nasiblah dia macam paham. dia pun memulakan puji-pujian dia. aku di sini apetah lagi seronok bagai nak gila. yolah, bukan senang nak masak sedap². aku kan newbie? T_T bila dah dapat puji-pujian sebegitu, sangatlah menginspirekan aku untuk terus berjuang dalam dunia masakan ini. eceh!

tung tang tung tang bunyik sudu dan garfu (kononnye macam makan di restaurant mewah lah)
bosan.

asek pandang² je meh aku buat satu show. semalam entah kenapa macam ribena sungguh aku ini.
atas meja makan tu ada satu tray kayu yang boleh pusing². berbentuk bulat pulak tu. memang best la men pusing². macam main ape tu? pusing² botol tu. haa, camtu la. aku pun pusing se-round. yeah, ok lagi. masih normal. macam best pulak. lalu mempusing se-round lagi. slow². yeah, masih ok. tapi macam tak thrill la slow². si suami hanya memandang dan tersenyum ketawa² tak ikhlas gitu.

hmm bosan. aku pun meng-up kan halaju tray dan mempusing laju² sampai terlupa dulu aku pernah pusing tray bulat macam tu jugak sampai terpelanting pinggan mangkuk atas tu dan ouh, no!! seketul mangkuk telah terpelanting!!


alamak! mangkuk tom yam terbalik suda. mujur terbalik atas meja, kalau atas lantai?? aku yang berkecai gamaknya. T_T

si suami ketawa terbahak², bukannya nak tolong ke apa. nasiblah tak terpelanting ikan sambal yang mak buat, kalau tak aku nak jawab apa dengan dia?? mujurlah ada seekor kucing yang innocent dan tak boleh bercakap benar menselamatkan nyawaku. adik ipar yg berumur 2 tahun ni buat² cerita. pandai pulak dia. 'mangkuk terbang sebab anak kucing melompat atas kak long. kak long terkejut, abeh tumpah kena meja.' sangat playsafe bunyi nya bukan? satu hari nanti, harus membalas jasa kucing tersebut. kesian. terus dia di bawa keluar dari rumah. terasa sangat bersalah terhadap dia. oh.tidak.com.

selepas itu dengan muka tebal merayu pada si suami supaya tidak emnceritakan perkara sebenar kepada sesiapa. sebab takut nanti orang akan kasihankan dia. maklumlah, berbinikan wanita ribena. rasa nak tido pakai kuali saja. tak jadilah nak berbantalkan air-cond. tsk tsk.

dan semalam. yang tido senyum sampai ke telinga adalah si suami. sebab perut kenyang dapat makanan sedap. aku ni jap² terjaga, jap² terjaga. sebab rasa macam ada orang tengah ketawakan aku. apekah? HAHAHAHA. jadi, moral of the story. jangan nak buat thrill action untuk mendapatkan attention. sangat memalukan tahu??



sekian.



P.S : tray bulat tu sangat tak practical.
(dah, salahkan tray pulak dah.)

4 bebelan:

yuyu jannah said...

very the comel cara adik ipar back up kakak dia...hahaha..noty sungguh puan leen ni

Jaslin Jamaludin said...

adoi, tapi sampai hari ni duk malu dgn hubby lagi pasal peristiwa tu. T_T

yuyu jannah said...

hehe..alar biasa ah tu sis.org laki mmg camtu.dia dh dpt bahan tu, smpai bila2 la dia ingat..sis pun ada gak cite gini..selalu kena bakar dgn suami sbb perkara tu,padahal dh lama berlalu

Jaslin Jamaludin said...

tahu takpe.. haha.. adei.. takmau buat dah macam tu.. takmau2.. takmau.. mengaibkan diri ku sendiri.. hukhuk..