Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 28, 2011

Pajeri Terung

herhh! entah sempat ke idak nak update. jap lagi hubby dah nak balik. pfft! macam penting je nak update kan. hekhek.

ok. straight to the point. ni cara newbie memasak taw. kesian. berpeluh aku bila tengok mula² pajeri tu macam bukan pajeri. bila bau macam kari nangka pun ada. mulalah nak gelabah, lalu menghantar sistem pesanan ringkas ke mama dan meng-MMS gambar kari yang hmm, malas nak ulas. pfft!

bahan-bahan yang aku guna simple je. tak sangka pulak nak buat pajeri terung macam makan kacang je. isk!
ni haa. udang kering, bawang putih, bawang merah (kecik), halia, kulit kayu manis dan bunga lawang, rempah kari daging (gaul sekali dengan cili yang sedia di-blend mengikut tahap kepedasan yang anda suka), santan 1/2 cawan (yang pekat), terung/nanas (suka hati anda), kerisik dalam 2 sudu (tapi tadi aku balun sumbat sebungkus), gula dan garam secukup rasa. gula tu aku rasa guna gula merah lagi sedap kot. hmm.

cara-caranya.

* panaskan minyak dalam periuk. sambil nak tunggu panas tu pi tengok peti ais, makanan segera apa yang ada untuk dikudap².

* pastu tumis bunga lawang, kulit kayu manis, halis, bawang putih & bawang merah. haa, udang kering jangan lupa!


jangan lupa hiris dulu.


jangan sampai hangus, atau pajeri anda akan jadi pahit.

* lepas itu, masukkan rempah kari daging tadi ye.


rempah + blended chilli.


gaul ok. jangan biar begitu saja atau dia akan hangit.
dan pahit.

* lepas itu, bila sudah pecah minyak, masukkan kerisik. guna yang instant je. tapi kalau kat Penang, mama akan buat sendiri kerisik tersebut tahu? anaknya sangat pemalas.

* kemudian, masukkan santan pekat 1/2 cawan tersebut. pun instant jugak. guna je M&S Coconut Milk. bukan apa. tadi bila bau, bau dia ja yang macam santan asli. isk! harap² takda benda asinglah kan. hee~


terkejut beruk ok. warna macam tak sama.


ini rupa dia bila dah pecah minyak.
takpa, teruskan memasak dan berdoa supaya pajeri adalah menjadi.
aminn.

* last but not least, masukkan gula dan garam secukup rasa. kalau aku, aku suka macam manis² sikit. :)


tunjuk perasaan.
punyelah banyak gulanya. T_T


tadi kan macam dah terlebih gula. jadi, garam biar lebih sikit barulah balance.
hee.

* selepas itu, finale. masukkan terung, dan biar periuk tertutup sebentar untuk melembutkan hati terung² tersebut.


masa ni macam nak patah hati semangat je.
sebab tak macam pajeri mama langsung!


tapi last² macam nak jadi pulak.
pelik!

rupa²nya baru tahu. selagi tak letak gula, warna dia memang spoiled. lepas letak gula. alhamdulillah, cubaan berjaya. HAHA. pasni nak tunggu benda yang ditunggu². nak dinner same² lagi. harap² tak TERbuat perkara bodoh lagi macam hari tu. shit!

oh ye, kalau nak sedap lagi. sertakan bersama benda lain yang bergoreng contohnya :


memang peberet aku.
ikan kembong & terung goreng.
slurpp!







teaser.


Hana Tajima datang memasak dengan aku tadi.
pfft!


sekian.



p/s : boley tak? setiap hari apa yang aku masak adalah apa yang aku teringin nak makan. dan itupun selagi hubby tak bagitau apa yang dia teringin nak makan. nasiblah kann. hiks!


2 bebelan:

yuyu jannah said...

comel nye hana tajima tu...sis x suka sgt mkn terung..tp bila tgk tu mcm terliur la pulak

Jaslin Jamaludin said...

huhu.. gedik..

leen suka terung.. sodap.. tapi semalam kurang empuk.. degil.. terung tua agaknya.. :))