hmm..
Sunflower by Elizabeth Arden.
1st time guna masa dapat One Drop Perfume kotak warna maroon nak pink.- Inspired by Sweet Dreams, One Drop Perfumes
- Inspired by Be Delicious, DKNY
- Inspired by Light Blue, Dolce & Gabbana
- Inspired by Vanilla Musk, Coty
- Inspired by Sunflower, Elizabeth Arden
- Inspired by Women Boss, Hugo Boss
- Inspired by Palace, Paris Hilton
- Inspired by Poeme, Lancome
cepat² ambik yg wangi and yg bley diterima hidung.
sempat rembat Sunflower, dengan satu lagi Paris Hilton kot. Paris Hilton kuat sangat bau dia.
mentusuk hidung.
skang dah abes dah ODP punye.
tapi nasib baik aritu jumpe stokis yang jual sebotol².
bley beli Sunflower saja. nak beli satu kotak set tu yang ada 8 kalu tak silap, memang membazir sebab bukan semua kita nak pakai. aku beli di Penang, RM6 sebotol, tak tahulah murah ke mahal. sebab aku lemah Maths.
skang tengah bercita-cita nak beli yg botol oren kat atas tu pulak. walaupun dalam almari ada lagi sebotol Nina Ricci yang tak bersentuh² lagi sejak kawen aritu. sayang lah pulop! haha. terkemut² aku pakai, selagi bley jimat memang aku jimat. kalau macam tak perlu pakai memang tak pakai. contohnya nak pegi mamak, setakat nak mabuk² kejap gitu memang tak pakailah, nanti lekat bau asap, tenggelam langsung pepium mahal tu. blerpp! erk, sebut pasal mabuk², Jumaat ni sempena ulangbulan ke-2 kami, bukan hubby nak mabuk² dengan bini dia ni. malah dia berjanji untuk mabuk² dengan kawan² laki dia pulak. bachelor party bak kata mat saleh. ouh, kenot go. tiso berseorangan lagi lah nampaknya. )8 ok, berbalik pada cerita.
orang cakap nak beli perfume murah pegi lowyat kan? i mean web lowyat? haa, mungkin boleh cuba and kalau tak silap hubby order Nina Ricci tu pun via lowyat, kot. ok, aku ni merepek meraban benda bukan nak beli lagipun. saja bagi penasaran. haish.
nak pergi buat Milo sebab macam nak lapar memandangkan sudah berkumandang laungan angin dalam perut, memang kena pergi menjamah sesuatu. selalu kena marah dengan mak sebab taknak makan lunch. nak buat macam mana, tekak tabley nak terima makanan dah sejak² demam hari tu. malam nak taknak memang kena makan sebab hubby selalu men tarik² tangan macam anak² ajak mak pergi McD. memang akan tewas walaupun secara keras dah bagitau dia taknak makan. tapi sikit saja, don't worry. FIL kata kena makan dan jaga kondisi tubuh supaya senang nanti nak mengandung. kalau lemah macam mana nak mengandung?? pfft! ok, betul. memang FIL yang pesan begitu. bukan ayah ataupun mak ataupun mama. HAHAHA.
lunch memang takde nak masak dah skang ni tak tau kenapa macam malas. untuk MIL mujur dia makan apa yang ada saja, tapi kadang² ade jugak gorengkan sayur, tapi sangat jaranglah. petang ni pun dah ada sardin untuk dimasak. memang playsafe! jimat masa dan tenaga. tap jimat² pun still, kena potong bawang, cili dan sebagainya. eh, kenapa ni aku macam malas sangat² dah nak memasak. pagi tadi pun menggagahkan diri gorengkan nasik untuk hubby sebab semalam dengan sedihnya dia SMS memberitahu berita duka. dia dah tak sanggup nak menelan roti di opis. jadi paham² lah. start tadi and rasanya untuk selepas² ini punnnn kena menggoreng nasik jugak. yang ni bukanlah masalah malas, sebab aku memang willingly nak masakkan breakfast untuk dia cumaaa.. aku takda idea nak masak apa, nak bagi dia bawak apa pulak gi opis. aku takut kalau hari² bergoreng tak muak ke dia? kalau tak bawak nasik goreng nak bawak ape pulak? aku buntu and memang hari² pening kepala pikir pasal masakan je. HAHA sangat kelakar. benda kecik ini berjaya memeningkan kepala aku. asalkan ada idea yg disumbangkan (apa yang nak dia bawak pegi opis), aku sedia memasak! serius, takda masalah. malah rasa macam boleh je masak dengan penuh kasih sayang. boleh, boleh. i loikee. cuma bila dah blurr nak masak apa tu ja yg menyekat maksud di dada. ops! tejiwang la pulak. hee. eh, ada sapa² kat sini ada kerja kosong? yang senang² je la, taknak yg kena perah otak bagai sebab rasa macam otak dah slow sikit bab² tu. berkat menternak badan kat umah hampir 4 bulan lamanya. hmm, memang lama pon. pejam celik pejam celik dah berbulan duk bina badan. pfft! ok, nak buat Milo.








0 bebelan:
Post a Comment