Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 11, 2011

Di Sebalik Blog

semakin hari macam semakin tak pasti akan tujuan kenapa perlu bebrlog?
sebabnya, lately tengok blog hubby macam lebih berguna dari blog sendiri.
bila macam tu, alahai. macam sedih pulak belek blog sendiri. )8

when i read my past posts, oh MY! i feel ashamed. NOPE but macam malu sikit.
ape yang aku bebel aku pun tak tahu.
tapi tu lah gunanya bukan?

apa yang harus ditulis dan tak berapa patut ditulis dalam blog?

yang tak patut tu paham² sendiri lah. kalau hal dalam kelambu pun nak kena tulis tak dapat mak nak tolong nyahh. tapi ada benda yang boleh kita tulis. depends jugak lah pada nawaitu pemblog tu.
boleh buat duit, berniaga, lepas tension, merepek meraban macam yang aku buat, boleh sumbat fakta atau buat² fakta dan sebagainya.

kalau yang suka melancong dan berphotography, opkoslah banyak benda dia boleh cerita bukan?
kalau yang hari² mengadap benda yang sama memang takkan banyak cerita nak tulis, pastu bolehla kita buat² cerita eh apa aku merepek ni?

bila menulis blog adalah kemestian, benda yang tak ada pun akan diada-adakan. macam yang sedang aku buat ni. sumpah aku tak tahu nak taip apa selain kebosan menunggu hubby balik dari berparty, aku suka nak mengarut dalam ni. tapi takpalah kan, ni blog aku. heheh.

meh sini. kita kupaskan apa yang boleh ditulis dalam satu² blog itu.

ada tiga isi penting.
1. apa yang berlaku
2. apa yang anda ketahui
3. apa impian atau pendapat dalam kepala

1. contohnya sekarang tengah femes cerita orang berkaki empat atau sebagainya. cari isi penting dan kupas benda alah tu. sama macam tulis diary jugak. tapi kalau macam isu semasa tu jangan ditokok tambah. takut nanti dapat title blog tahyul pula.

2. katakanlah katakanlah katakanlah anda tahu tentang haiwan peliharan Siti Nurhaliza. boleh jugak nak kupas dalam blog. tapi tolonglah, tolonglah jangan buat cerita. mentang²lah kau tahu, kami tak tahu. hmmp!

3. agak² macam impian anda tu pelik, dan risau takut diperkotak-katikkan oleh orang ramai, jangan simpan dalam hati. lenterakan dalam blog. yang ni nak tokok tambah pun takpa, mana tahu boleh jadi pemangkin semangat. who knows.

rase²nya dalam tiga² isi penting ni, satu dua je yang aku apply.
yang lain aku merepek je. nasib badan. katak bawak tempurung kan? hehe.

ok. 11.38 pm. sedap hubby bersatay. aku nak buat apa ni?


sumber adalah dari sini. satay Komtar nama dia. hahaha.
memang peberet aku nih, satay perut. yang berlemak suma aku suka.

0 bebelan: