entah pape title. haha.
“Three rings of marriage are the engagement ring, the wedding ring, and the suffering.” - Unknown
sape cakap? ade org dapat 2 rings for engagement & 1 ring for wedding. no more ring to suffer. HAHAHA.
mmg patut pun dia letak 'unknown'. kalau tak aku rasa dia mungkin takkan selamat dunia akhirat. sape cakap suffer? tak kawen lagi suffer. entah suffer-suffer lah yg buat cerite ni.pfft!
lapar weh. pagi tadi aku bangun kul 6. mandi² and solat. then prepare bekal unt hubby. aku wat la teh panas untuk aku minum kang, dah hubby cakap nak minum fresh orange je pagi². then dah siap aku pun letak air tu bawah tudung saji (masih berciri kampung walopun dah duk key-el hampeh ni). pastu aku pi sambung landing sebelah hubby. pastu kul 8 lebih dia bangun mandi siap suma. aku pun pi la toilet jap, basuh² muka. cermin² muka yg mcm hantu mak limah ni. kuar² je tengok licin dah teh aku. blerpp.
...
hari² macam ni busan aku jadinya. nak keje ape aa? aku takmau keje jauh². pastu takut nak apply keje sbb bulan 3 ni hubby nak balik Penang (InsyaAllah), kalau aku keje aku akan jadi new staff. new staff mane bley tiba² nak apply cuti suka² hati. jadi aku ingat biar aku enjoy kat Penang dulu la, pehtu baru kej. AHAHA.
teringat lak bos pempuan kat opis lame aku. sape pun tak tahan dgn dia kot. semua staff pempuan tak ngam ngan dia. nampak baik tapi.. rugi je. dah lawa², cun², kaya, ada suami sayang dia, dia wat mcm tu dgn staff² dia. dia penah kena tipu dgn staff lama. staff tu wat cite dongeng dgn dia, dia pun kesian lalu meminjamkan 3+++ dgn dia. rupa² dia pi joli lak dgn duit tu. jadi skng dia pikir semua staff pempuan nak amik kesempatan ke atas kebaikan dan kekayaan dia.
hari tu aku mintak benti. sbb aku ada wat salah dalam calculation. biasalah, aku staff baru. aku takda experience pun dalam sales. time aku buat quotations harga tu, semua yg tinggal dalam opis semuanya staff baru. staff senior SEMUA balik beraya puas² kat kampung masing². biasanya pas aku wat quotation tu ada officer check balik calculation aku. benda tu normal la sbb bukan satu dua angka nak wat bisnes ni, beribu kot. aku pon takut, so better biar dia check dulu sampaila dia yakin aku bleh buat sendiri. tapi hari tu dia tgh seronok beraya seminggu lebih tak ingat dunia. dia tinggal aku yg buat keje tu, and takde sape nak re-check. sedih gak. aku staff baru. dar bulan 6 last year sampai raya puasa bulan 9 tu, aku tak jejak kaki pun kat Penang. eh! ada². tapi jumaat & sabtu je, ahad pagi aku dah balik KL. staff lain semua mmg org sana. ada family kat sana. aku jadi double sedih bila raya puasa aritu, aku dpt cuti 9, 10, 11 & 12hb sept je. pagi² 12hb tu aku dah bertolak balik KL dah. sbb sok tu keje. errh, sedih tak payah cakap la. mmg aku rasa nak quit time tu jugak, sbb mcm bias. T_T
pastu dah takde job masuk, aku mintaklah kuar jap dalam 2 jam gitu, nak pegi buat HIV test. mula² bos pempuan ni bagi. siap bagitau lagi ape prosedur² dia. aku pun kuar opis kul 2, dah setel sume sharp kul 4 aku masuk opis balik. aku pon keje macam biasa, tapi heaven sikit sebab semua staff baru, and semua sekepala & tak suka organization kat opis tu. mmg best la nak gosip² ke apa. nak makan/minum sambil buat keje pon bleh. mmg heaven! sampailah minggu depan tu, bila semua staff & boos dan masuk keje balik setelah puas beraya dan meninggalkan kami mcm budak² kat taska. T_T
kitorang dapat supply kimia tu untuk Shell. tapi...
aku tersalah letak harga. aku tertukar item no. 2 punye harga dgn item no.3 mase aku buat quotation time dorang bercuti aritu. kalau kira² balik mmg akan mengalami kerugian 6++++k. sape tak cuak. gaji aku pun takkan lepas nak bayar balik kat dorang. aku kena maki habes². stupid, idiotic, semua perkataan baru dalam hidup aku. cilakak betul! mmg aku kena hentam abes². pastu officer aku siap cakap plak. sepatutnya aku tabley kuar 2 jam aritu buat test. sbb takde sape kat opis. err, mungkin betul. takde sape bahagian sales jadi aku tak sepatutnya keluar. tapi kenapa masa aku mintak aritu bos pempuan tu bagi plak, takde sebut² pasal ade org ke takde. aku mintak 2 jam pun takbley, yg korang bercuti tak ingat dunia sampai 2 minggu tu bleh plak?? time tu mmg aku stress gile. sepanjang keje situ airmata ni meleleh je malam². tunang aku pun ade mase dia hanya bleh suh aku bertahan je. takpun cari keje lain dulu sebelum benti. dah la aku kesunyian, merantau tempat orang, sewa bilik buruk untuk tido, ada lipan bagai dlm toilet. dgn anak laki makcik umah sewa tu kerap dtg lak dgn tak pakai bajunye. dgn makcik sewa yg selamba badak biar aku tinggal dgn anak laki dia dlm umah tu berdua. gila takut aku. makcik tu bukan cakap dia nak kuar ke mana, aku kuar² bilik je tgk sunyi dah umah. pehtu jenguk lam bilik air jap. tengok² spender anak laki makcik tu bergelimpangan kat lantai bathroom tu. sumpah aku takut. pastu aku kuar dr umah tu and tido umah fiance. aku tak peduli dah org nak kata tak manis ke apa. sbb aku lagi rela org kata aku bukan² dgn tunang aku dr entah mana² laki tu. geram gila. dgn masalah opis nye. yg officer ni plak bukan reti nak tego depan². dia lagi suka simpan, pastu panggil aku masuk bilik bos pempuan tu, pastu hentam aku beramai². mmg jahat gila. pes time aku jumpa org macam tu. aku sampai dah kering airmata dah. aku tgk tunang aku time tu pun macam tak tau nak cakap apa dah. aku pon buat keputusan sendiri even berat unt aku. aku jumpa bos pempuan tu aku cakap aku nak benti. pastu aku kena hentam lagi. dia kata camni. 'u look nice but u're selfish'. suke² hati je dia cakap camtu. aku ni jenih kalau org marah aku suka pendam, pendam sampai aku sendiri geram. pastu bila aku geram aku nak menangis. sbb terlalu geram, aku takde hak & kekuatan nak melawan betina tu. takpe aku sabar je. then aku kuar dari bilik dia aku dengar dia cakap macam ni pulak. 'kalau macam ni baik tak payah semayang.' subhanallah. ibadat aku pun jadi masalah bg dia. tu antara aku dgn Tuhan. Dia lagi tahu apa yg aku buat, apa yg aku rasa. suka² je dia nak judge aku mcm tu. better lah kot dr dia yg tak semayang langsung. dah lawa² berlagak plak. haih, manusia². mulanya aku ingat nak stay lagi sampai setel dealing dgn Shell pasal masalah tu. member aku ckp benda tu dah setel, dorang setuju cancelkan order kimia tu. or else dorang akan saman sbb kitorang tak supply apa yg kitorang dah quote unt dorang. mcm cuak je bunyi. haha. tapi niat nak stay aku terkubur di situ bila org mengungkit bab ibadat aku. macma lah dia kuat beribadat sgt. aku bertahan lagi sampai petang tu. mujurlah ada opismate yg paham. kitorang same² pi google surat resign, pehtu apply keje kat tempat lain. petang tu jugak kitorang wat. balik umah petang tu, aku siapkan surat resign aku. pagi esoknye aku bagi dan berakhirlah azab aku kat situ. balik rumah happy gila. tenang gila rasa. teruk betul aku. org kalau tak keje susah ati, aku tak plak. adeh deh. pastu dah menganggur neh aku pun tetiap pagi mesti pegi umah tunang aku. time tu tak kawen lagi, so panggei tunang la. heh. tunang gi keje. tinggal aku dgn MIL je. adik dia tunang pi skolah. datang je FIL aku, aku cuak. sbb tak tau nak ckp camne yg aku dah benti da kenapa aku benti. sbb dia lah org yg bertanggungjawab merekemen aku keje kat situ. bos pempuan tu member dia. aku plak tak sedap hati sbb takut aka jejaskan bisnes dia dgn company pempuan tu. serba salah sangat². tp dia paham. aku lega la sikit.
2 minggu pastu aku balik Penang. bertuah punye anak. nak balik penang pun parents datang amik. hahaha. sebenarnya mmg nak naik bas, tp dorang yg offer nak sgt dtg amik. aku ikut je. >.< dah sampai Penang lagi lah heaven hidup. bleh aku setelkan bab kawen.
seminggu pastu, opismate aku 2 org benti keje. sbb tak tahan dgn mulut officer dorang. mane tak nye. kalau staff lama wat slaah besar pun tegur mcm nak taknak je. kalau kitorang yg baru ni marah sekuat hati sampai satu opis dengar, sape tak malu? dah tu hampir hari² kene marah. tak suka aku. mungkin aku yg cpt sentap kot. tp aku mmg tak suka. sbb aku betul² nak keje situ, ikhlas. dan berharap aku bleh belajar kat situ. tp dh dapat layanan istimewa mcm tu, takpelaa. aku quit. tu bukan dunia aku.
dan sekarang.
payah la plak nak dpt keje. kalau aku keje jual slices cake kat Giant Kelana Jaya takpa ka? ade tak org nak kawan dgn aku? sobsob. T_T aku nak keje yg snatai. keje ape yg santai eh? aku mcm busan gak duk umah ni sbb aku mmg tak suke buat keje rutin. aku buat ikut mood. aku takut kalau aku takde mood kang tak buat keje org kata apa pulak. sbb benda² rutin ni mcm keje ikut jadual. mcm pegi sekolah. bosan. tak suke!!
tp aku ada risik². nak jadi dealer minuman keras. eh, minuman perlangsingan badan. hahaha.
inysaallah, tengok lah guano. kalau kena kuar modal besarrr punya, tak jadi la. T_T
sedih plak dgn bos pempuan tu. haha. sbb dia mcm setan bertopengkan manusia tau. dia mcm angel tak angel camtu. sbb kadang² dia baik, lovely sangat, puji² aku, nak anak dlm perut dia terkenan dgn aku, mcm bagi aku kata-kata manis lah. aku pun tergoda. ingatkan baik la. rupanya. ahh, aku harap aku takda jumpa lagi orang spesis tu. sbb bila pikir² aku mcm nyesal. kenapa tak balas balik apa dia kata kat aku aritu. hish.
dah². dah luah kat sini dlm hati lega dah. takpa². ada hikmahnya. errr.. sucikan hati, sucikan hati. pas kawen ni mcm tenang sikit. bleh lagi nak sabar². mungkin sbb tgk hubby cool je kot. dia punye tahap sabar, fuyyo. dasat. tapi bila dia marah, takut woo. hahaha. adei.
ok la. nak minum teh panas. dah buat yg lain dah. )8






0 bebelan:
Post a Comment