tak salah. kalau secara haram salah laa. tapi, aku tak paham satu perkara. kenapa majikan payah sangat nak hire orang yang tengah pregnant. syukurlah, masa aku apply kat Blooming Florist ni, aku belum pregnant. memang dah takda berharap sangat akan pregnant, tiba² lepas seminggu keje kat sini, positive. alhamdulillah.
dah positive tu, aku terpaksa la bagitau dia aku masuk half-day for maternity check up. at first place memang dia macam tak puas hati sikit. ade ke dia tanya gini dengan aku. ' kenapa you tak bagitau I yang you mengandung masa interview itu hari?'. 'nak buat macam mana ma'am. almost 8 months I tunggu tak pregnant², seminggu bau bunga kat sini terus pregnant, mana I tahu I akan pregnant.' terdiam dia di situ, lalu berseloroh men-cover malu dengan berkata 'ha'ah, ya laa. dia bau bunga tu. terus lekat la.'. HAHAHAH. kelakar sangat ma'am. pecah perut I tahu??
mengapa Boss payah nak terima staff yang pregnant?
MC.
MC sebab sakit tak apa. ini Minta Cuti. siap pergi beli MC bagai. sebab nak berehat. lepas tu bagi alasan morning sickness dan tak larat nak bangun. kepala sakit dan macam² lagi. ini namanya take for granted. untungla kalau boleh bagi MC. macam aku, Boss dah pesan awal². kalau check-up for pregnancy, no MC. kecuali kalau sakit. jadi sekarang aku ingat, setiap kali pergi check-up for pregnancy, aku nak MC. Minta Cuti. alang² menyeluk duit, biar sampai ke dalam poket. ini baru nama dia take for granted.
EL.
tetiba pulak EL. semalam elok je. bangun Subuh tadi elok je siap bersenam bagai. lepas bersenam dah mengah pulak. letih. terus mintak EL. Emm Letihh. pastu orang lain pulak tiba² kena buat kerja dia. kerja sendiri tak terbuat ada hati nak tambah kerja. banyak cantik??
Maternity Leave.
lagilah. Boss mana yang nak bagi gaji free²?? gaji sebulan pun seboleh²nya nak deduct. kalau lambat seminit, tolak jugak seposen dua. berkira! apetah lagi nak bagi gaji bersih tanpa kerja?? duduk rehat² kat rumah, bertungku, tempek daun² ape entah kat dahi, berbengkung, makan, minum, tido, bersanggul tiba² hujung bulan masuk 1-2K. wahh! aku pun nak!!
tapi, majikan kadang² lupa. pekerja punya hak milik kekal. antaranya :
b) Ibu bapa anak itu berkahwin secara sah
c) Pekerja itu telah bekerja dengan majikan itu sekurang-kurangnya selama 90 hari
sebelum kelahiran anak itu.
dengan syarat² yang aku bagi dua ketul je kat atas ni, staff yang pregnant layak untuk mendapat maternity leave selama 2 bulan dengan gaji tanpa henti. lagi bagus kalau boss boleh buat nursery dekat2 dengan opis. boleh para ibu menyusu anak sesuka hati. takda lah nak risau anak jauh ke, anak lapar ke. agak² risau tu boleh jenguk anak kat nursery. tapi, kalaulah kannnnn.
nak tahu?
ada yang sanggup sorok perut dengan file atau segala macam benda alah sebab taknak bagi boss tahu kata dia pregnant, sedangkan mengandung itu adalah sesuatu yang sangat membanggakan bagi seorang isteri. tapi kalau mengandung tanpa title 'isteri' I have no idea. (hee). lambat laun perut akan membesar jugak. ibarat sepandai² tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. tapi seabb takut boss masam muka dan macam² lagi yang pelik², terpaksa la sorok. tapi, kalau kita bijak berdebat, pertahankanlah hak anda wahai wanita!
jadi, bukanlah salah ibu mengandung. kena pandai cakap, dan debate dengan boss. kalau boss pempuan lagi best nak debate. kalau bos laki, hmm aku tak rasa ada problem. tambah² staff yang pregnant tu cun pulak. kompem dia cair aaa. tak kisah la setakat cuti 2 bulan tu. MC sepuluh hari pun boleh. hoho!
tapi nak dapat boss yang betul² paham ni susah sangat. hari tu pun aku jenuh la melawan boss aku ni. siap mintak opismate back-up lagi. dan disebabkan dia buat aku begitu, aku ingat lepas bersalin, aku nak keje lagi sebulan dua, pastu nak benti aa. sedih. huhuhu. awal² dah niat tak baik. tapi bukan apa. ada satu benda yang company ni jual buat aku terpikir, halal ke haram duit aku selama ni. adeilaa.
tak apalah. yang penting kita kerja secara ikhlas. halal haram tu aku serah pada Allah. tapi niat di hati memang aku nak keluar dari sini. bila pikirkan baby ni, terpikir jugak. kalau aku tak keje, nak harapkan hubby sorang memang aku taknakla. sebab dia masih menanggung mak dia sama. adik lagi. jadi aku sangat tak sampai hatilah nak berhenti. selain dari sebab duit dan tanggungjawab, aku pun bosan nak duduk rumah mengadap FB dan blog je. bosan!
tak mengapalah bayi. kita bertahan sekejap lagi ok. sebab kalau amma berhenti sekarang, 7 bulan mama takde duit. oh tidak!
oh, hubby sudah sampai!! daaa.
Kulit Berminyak Pun Wajib Pakai Pelembap
8 years ago






0 bebelan:
Post a Comment