I am 4 months pregnant. sekarang pun dah macam letih. pagi pergi kerja, balik petang, mandi-mandi solat dan makan, tido. pagi esoknye bangun pagi, subuh, pastu tido. bangun balik mandi siap-siap pergi kerja, buat Milo untuk husband dan susu untuk saya, sambung siap-siap lagi. prepare baju husband, husband hantar pergi kerja. kerja macam robot di opis, lunch, buat kerja lagi macam malas sikit. pastu rehat kejap solat, pastu kerja sampai pengsan. sampai waktu balik, tunggu husband, mandi-mandi, solat, makan. tido. macam tu lah kitaran hidup si buyung. wuarghhhhh! letih lah, bosann!!
si husband pernah tanya. bolehkah saya bekerja di waktu-waktu sarat nanti? grrr, kalau boleh nak cakap 'tak boleh'!! nak duduk rumah jaga perut saja. nak makan, tido, makan, tido. tapi, tinggal di rumah bukanlah segembiran dan semudah itu. kalau duduk rumah sendiri bolehlah kau nak tido bersepah depan TV, makan-makan pastu tinggal pinggan tepi bantal, tido kain terselak paras pusat pun tak apa. HAHA. tapi tinggal dengan mertua semua tu kena simpan dalam hati saja. T_T takkan nak mengangkang je bukan? HAHA.
tapi niat di hati memang tak mahu kerja. letih tahu. sobs.
tapi kalau tak kerja, mana nak datang duitnya?? gegegegege. demi tuntutan nafsu soping yang membuak-buak ni kena jugak membanting tulang 4-5 kerat yang tak berapa kuat ni. tak padan nak jadik mak buyung, poket hujung bulan je kompem kering. ngahahaha. macam mana nak menabung untuk anak ni?untuk mak sendiri pun tak tertabung?? PTPTN lagilah. pandai pinjam, pandai joli, sekarang liat pulak nak bayar. isk! ni tadi pagi-pagi on the way nak ke tempat kerja, husband buat lawak pulak. tahap imaginasi melampau-lampau. same lah yang seekor ni pun. kononnya nanti dah kaya, tak payah kerja dah. pagi-pagi bangun pergi join manusia-manusia kaya main golf kat padang. pastu pasang bibik 3-4 orang. kerja kat rumah memang makan, tido, solat dan mandi je. yang lain bibik buat. ngahahah. macam best. nanti pergi mana-mana bukan husband yang hantar saya, tapi driver yang hantar kitorang. woahhhhhh! indahnya angan-angan. ni kalau sekarang jadik graphic designer macam si husband kompem dah kaya ni. gulpp!
tapi hakikatnya. kuli si Wong Kah May je. ambik order, buat payment, collect check, macam kuli lah! tolong dia kutipkan hutang dia, tapi kita? gaji ciput je. sobs.
pasrah je la. namun begitu. syukurlah. Wong Kah May ni boss yang lebih bertimbang rasa dari previous bosses. sangat! even dia Chinese tapi budi bahasa dia humangaihhhhhhh, soppannnnn sanggattt! ngahahah. cuma kadang-kadang dia suka pesan dekat staff dia dua tiga kali sampai staff dia bengang la, pastu kang ade la yang kena maki. Valentines Day & Mother's Day dia dah pesan dengan semua staff dia. jangan sapa-sapa cuti a week before. kalau cuti lepas bercuti tu tak payah datang dah. tapi, hujung tahun ada BONUS. mata-mata duitan mesti suka yang ini. dan sanggup punyalah bersengkang mata dari pagi sampai waktu Isyak pulun collect duit untuk si Wong Kah May ni. tapi mak-mak buyung yang tak dayo ni. ke hulu ke hilir nanti mahu terberanak kami. ayoooo. risau jugak. duer date entah February ke March. kalau March Insyaallah, boleh la pulun BONUS. ngahahha. kalau February rasanya tak dapek la nak collect BONUS. hmm. tapi yang bestnye, kalau tiba waktu berpantang, gaji tetap mengalir ke dalam account. duduk di rumah diam-diam jaga badan, pakai bengkung bagai, duit masuk! sekarang tengah berniat jahat ni. disebabkan ramai sangat yang tengah plan nak berhenti kerja, saya pun kena mensediakan payung sebelum hujan datang. sebelum semua berhenti, biar saya test market berhenti dulu. tapi maybe lepas pantang akan bekerja lagi 3-4 bulan or sampai hujung tahun kalau nak BONUS. pastu goodbye Wong Kah May. hmmmm.
tapi kerja sini best. sape cakap tak best. the best online flowers selling ni. kalau kira duit dia yang masuk hari-hari, almost 10k kot. tapi kitorang ni dia tak pernahnya buat open table. macam saya baru 3-4 bulan kerja buat apa dia nak open table. yang lain-lain ni? yang dah 3-4 tahun kerja, takdenye dia nak pampering dorang. merajuk dorang, siap hantar resume ke tempat lain dah. huu. kalau saya, saya berhenti annti, saya mungkin ber-bisnes. bisnes apa, bisnes tetttt! pastu suruh and paksa husband buat freelance graphic designer. hmm. time tu saya memang dah tak mahu jadi hamba orang. tak mahu lagi! time tu kalau murah rezeki boleh pergi umrah sama-sama dengan parents, kalau murah rezeki lagi boleh hantar mama dan ayah pergi haji. mudah-mudahan dapat jadi Hajjah Arizah & Haji Jamaludin. wallamak. sesuai gila. tapi kalau saya?? Hajjah Jaslin? alaaaa. macam tak kena je bunyiknye. isk! Haji Farid? hmm, tu dah macam bakal ustaz pilihan Astro tu. wakakakak. tapi ketentuan Tuhan, siapa tahu kan? ;)
dalam kepala otak memang duk plan nak buat satu bisnes ni je. si husband pun dha tau kite nak buat bisnes ni, kemain pakse lagi dia. isk! tapi kite pun tak sabar nak buat ni. kalau buat sekarang kite tak terdaya, letih bangat. kena tunggu time dah jadik housewife penuh nanti. ngeee.
dahlaa, membebel panjang lak. suka sangat berimaginasi terlebih-lebih. kalau bersatu dengan si husband lagi sakanlah jadinya. biarlah impian ni tinggal impian dulu sementara waktu ni. nak berbisnes kena ada modal. bukan guna air liur je. kan? kalau guna air liur dah lama kaya saya ni. gegegge. dah! jum sambung berkhidmat untuk May. majulah May untuk Blooming! yahoooooooo! ngahahahha.
tak boleh blah. padahal kat sini masning-masing tak suka si May ni. dia suka bebel. pastu kejar-kejar orang buat kerja. bila salah, dia bebel sepanjang tahun. grrrrr!
sekian.
p/s: termengumpat la pulak. HAHAHAH.
Kulit Berminyak Pun Wajib Pakai Pelembap
8 years ago






0 bebelan:
Post a Comment