Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 17, 2011

:)

berbulan-bulan yang lalu, keje aku adelah merungut je. mengeluh itu ini. ade je yang tak kena. tapi memang tak kena pun. aku stressss je memanjang, takde mood dan sebagainya. pastu duk tanye-tanye bile nak ade, bile nak ade. then, sampai tahap terlalu stress dengan environment, aku sampai cakap taknak ade lagi. sebab macam tak boleh handle emosi and orang ketiga nanti.

sebulan yang lepas. saat aku macam mengada-ngada, konon stress dan moody, macam aku sorang je yang tahu moody, aku tersedar. si husband tenang je berdepan dengan perangai aku, still cool, maintain, masih boleh tersenyum dan tahan dengan kerenah aku. baut aku bagai nak menanges. bergenang jugak airmata ni. dengan perangai aku yang begitu. sumpah aku kecewa.

sebulan yang lepas juga, aku bertekad, akan menerima dengan redha, sega qada' dan qadar Allah, dengan hati terbuka. kalau Dia takdirkan aku berada di sini, aku akan terima, dan bersabar. takkan mengeluh lagi. dan si husband dah berjanji, kalau ditakdirkan ter-pregnant sebelum hujung tahun ni, kitorang akan stay kat sini sampai selamat deliver baby. lepas tu baru pikir nak move out ke ape. baiklah, aku akur. memang tempat isteri adalah di sisi suami. :) kalau belum pregnant, InsyaAllah, memang dah rancang nak move out. dengan cara baik ok. takde masam-masam muka. sebab aku kat sini pun memang baik dan OK dengan mertua. sometimes je aku emo sebab kehidupan tak sama macam pasangan lain. orang jenis aku yang begitulah orang yang tak reti bersyukur. tapi tu dulu. lepas dah bertekad untuk redha denagn kuasa Allah, aku lebih happy, tenang, gembira bersama suami & keluarga suami, buat apa-apa pun dengan hati yang senang, dan urusan pekerjaan aku semuanya berjalan lancar. alhamdulillah. langsung aku tak rasa perit. langsung tidak ada. yang ada hanyalah perasaan tenang. sangat tenang. kalau aku tahu begitu, dah lama aku buang sifat buruk yang lampau tu. hmm.

sebulan yang lepas juga, aku takda peduli sangat bila waktu subur ke ape. aku buat biasa-biasa je. tapi still, noted jugak bila suppose to and bila the next cycle is. hanya noted begitu saja. langsung tak berharap sangat supaya ada bulan ini. langsung takda pikir pasal tu. teringin mestila teringin, apetah lagi tengok orang yang kawen lagi lewat dari aku dah pregnant, aku yang dah lama ni lagi la meronta-ronta. tapi masih buat macam biasa dan pasrah. kalau ada, ada, and aku berangan-angan, kalau ada dah tentulah rezeki bulan Ramadhan.

3 minggu sudah. makan ape pun aku mual. even favourite food aku, yang aku makan tanpa jemu dulu, aku dah muak. mual. dan macam-macamla rasa. still, tak pikir ke arah itu. dan tiba-tiba, semalam mak mertua pulak tegur. badan macam dah pregnant. aku lagi la cuak. lagipun dah lewat 4 hari. kebetulan semalam malam nisfu sya'ban. aku gunakan masa tu berdoa banyak-banyak supaya kali ni berjaya. dan malam tu jugak aku mimpi baby. bangun subuh tu terus buat UPT. Ya Allah, bagai nak jatuh jantung ni. rasa nak pengsan semua ada. sampai menangis sorang diri. positive. sukanya Ya Allah. tak boleh nak sambung tido dah. mata taknak lelap. hanya pandnag suami je kat sebelah sambil melayan perasaan yang bagai tak percaya ni. tak sabar tunggu si suami bangun.

degil gila nak bangun. maklumlah weekend. jenuh umpan ni. isk! cakap nak bagi hadiah, pun takmo bangun. last-last dah mati akal terus cakap camni 'nak baby tak?'. HAHA. terus celik mata dan terus tanya, 'mana baby?'. HAHAHA. aduh, gila comel suamiku. aku pun terkedek-kedek tunjuk UPT strip tadi. haa, terbeliak mata dia. tapi sekejap je. pastu dia cakap, 'ehh, jangan percaya ni. entah-entah dah expired.'. adui. jenuh nak meyakinkan dia. dia bangun, basuh-basuh muka terus landing kat bahu katil. pastu terus sambar manual UPT nak baca betul ke tak kalau dua garis camtu positive. adoiyai. dia terus-terus cakap tak boleh percaya ni, tak boleh. kena check-up dulu. aku pun siap-siap la nak check-up.

dah sampai klinik, ade sorang pempuan pun nak confirmkan pregnancy dia. dah siap bagi urine sume aku pun tunggu la kat luar dengan husband. sambil tu memang gelabah la sebab hubby cakap jangan berharap. entah-entah UPT tu tipu. aku yang mentah ni percaya bulat-bulat cakap dia, UPT tu tipu. takut same kalau-kalau betul tak pregnant. aduh. gila saiko perasaan di kala itu. rasa nak meraunggg! isk!

last-last doctor panggil. dia sambut aku dengan senyuman. dari senyuman dia pun dah buat aku nervous. alamak doctor! jangan main-mainkan perasaan akuuuu! terus dia cakap positive. lalala. doctor pun cakap la sekian-sekian, aku cuma ambik point yang penting je sebab aku macam dengar tak dengar je ape doctor tu cakap. dan aku pun tak ingat ape je soalan yang aku tanye dengan doctor tu. adoiyai. last-last yang aku sedar dia cakap, 'ok puan, boleh tunggu ubat kat depan.'. HAHA, gile khayal aku di situ. sebelum keluar sempat dia cakap 'congratulations.' dan aku pun dengan tak semena-mena pergi reply balik 'u're welcome.'. HAHA. aduh.

keluar dari bilik doctor tu, husband dah terpinga-pinga dah. aku buat dek je suh dia ikut tunggu kat depan kaunter ubat. pastu aku pun cakap positive. dia diam je. aku pulak yang cuak. kang dia kata aku gila pulak buat-buat cerita. mentang-mentanglah dia tak masuk sekali dalam bilik tadi, aku nak main-mainkan dia pulak. hahaha, tak kose I tau nyahhh. dalam terpaksa, dia akur. sambil senyum-senyummmm je. sukenyee tengok muka dia. hee.

sekarang, hati dah berbunga-bunga. dan berjanji, akan jaga bayi ni sebik mungkin. kalau terpaksa susahkan husband, percayalah, aku terpaksa. kalau bukan kerana bayi ni, aku redah ke tempat keje je naik scooter. tak peduli basah lenjun ke ape. aku rela. tapi terpaksa. maafkan saye ye yang. hukhuk. and then pasni kene pikir pasal check-up pulak. pun masalah jugak, sebab aku baru je masuk keje situ. dah nak mc-mc bagai. tapi, nasib baiklah husband faham. dia cakap kalau susah sangat berhenti je. tapi InsyaAllah, aku harap majikan aku memahami. :) dan rezeki ini, aku anggap ia adalah rezeki menjelang Ramadhan, dan aku sangat yakin sebelum ni, pasti akan ada berita baik untuk aku menjelang Ramadhan sebab memang biasanya kalau Ramadhan, macam-macam aku dapat. eg : dapat offer UiTM Kedah dulu pun on 1st Ramadhan. subahanaAllah. hmm, Alhamdulillah. syukur sangat sangat sangat. pasni nazar wajib ditunaikan. sebab dulu sebelum dapat macam-macam bernazar. ni dah dapat, jangan lupa dataran daratan lak.

sekian. aku tak tau nak update ape. sebab masih baru. aku pun tak rase ape-ape lagi. tapi yang pasti rase nak makan tu 24jam ada. adui. T_T


haa, time pregnant tak payahla nak mengidam teruk sangat. sebenarnya takde ngidam ape pun, saje je nak request makanan pelik-pelik sebab korang memang dah maklum, orang mengandung ni memang akan mintak yang pelik-pelik. pastu terus take advantega nak makan yang pelik-pelik sempena mengandung. tapi sebenarnya tak kot. psychology je tu. sebab sume orang mengandung pun mengidam. isk! tapi aku nak jugak 3-layer-tea. yang ni bukan mengidam. HAHA.


p/s : malam ni akan ada orang yang tido sambil tersenyum. tido dalam iman. lalalala.

0 bebelan: