Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 17, 2011

Demi Tapai



err. lately memang gila tapai la tak boleh nak wat macam mana. ni semua gara-gara cuba tapai JM Bariani lah ni. gila sedap sampai teringat-ingat. 2nd time mencuba tapai adalah tapai dari Pasar Tani, Kelana Jaya. MasyaAllah. gila sedap. 3rd time punya lagi la sedap. free pulak tu. rembat dari kenduri member husband, kakak Dieb & abang Alip. dia balut kecik-kecik guna daun getah. serangkai ada tiga ketul. mula-mula makan serangkai je. sebab serangkai tu pun macam dah banyak. tapi tapi tapi, masa nak balik, belek-belek bekas tapai tu tengok macam OMG banyaknya, sapa nak habeskan ni?? lantas aku pun merembat another rangkai, tapi kali ni, berangkai-rangkai aku ambik. total lebih kurang 12-15 ketul camtu. dalam masa tak sampai 2 hari, habes!! 4th time is masa aku balik Penang atas urusan emergency last week, perginya arwah tok mama aku menghadap Illahi. sehari sebelum balik PJ, ade cakap dengan mama, teringin nak makan tapai. kebetulan masa tu ayah baru saja menghabeskan tapai-tapai beliau. sedih yang teramat-amat sangat tau. ibarat seorang ibu yang sedih bila anak dia abeskan telo tembakul yang entah apa-apa tu. HAHA. esoknya, ayah buat surprise. surprise lah pulak, time-time sedih dah nak balik PJ ni kaan. tadaa! nah tapai. berangkai-rangkai tapai ok. makanlah kau sampai muntah. ada la dalam 9-12 ketul. korang jangan ingat aku main matematik lak kat sini. serangkai tu memang pakej dia 3 ketul. tak kose I nak men calculating kat sini. huhuh. dalam banyak-banyak tu, 3 ketul je tak habes, yang lain selamat. HAHA. tinggal la sikit untuk orang kan. dasar tak kenang jasa la kalau balun semua sorang-sorang.

and today. weekend okay. sepatutnya tido sampai tengah hari. tapi sanggup bangun pukul 7.45 mandi-mandi, siap, buat air untuk suami. and oh ya! today dia kena kerja. lalalala. siap-siap plenkik bagai dengan dia, aku pun ke Pasar Tani, Kelana Jaya sambil melambai suami yang menuju ke Cyberjaya. pun jaya jugak. banyak betul jaya-jaya kat sini, tapi macam kurang berjaya je masyarakatnya. hmmp, persetankan! sambil menunggang motor tu, boleh imagine bagaimana aku melambai si suami? HAHA. terhoyong-hayang aku dibuatnya. pfft! tapi berbaloi. sampai sana je terus serbu hamba Allah yang jual tapai tu. aku ambik satu bekas, macam bekas isi taufu fah tu. 3rm satu. aku bayar 3rm then berniat untuk berlalu pergi, balik belasah tapai dan tido. tapi tapi tapi. sempat pulak telinga bionic aku ni menangkap perbualan si penjual tu dengan sorang customer, menyatakan bahawa 2 bekas bersamaan 5rm. aku pun terkulat-kulat pergi patah balik dan mintak lagi satu macam tak bersalah dan macam betul-betul tak nampak kat bawah tu ada tulis 2 bekas = 5rm. saye silau kak, panas. tak nampak dah tulis-tulis tu. saya nampak tapai je kak. pfft! dapat je dua bekas terus balik dengan gumbira dan membelasah tapai sorang-sorang. berbunyi macam selfish sikit tapi takda peduli. HAHA. lagipun MIL memang tak boleh makan pulut, jadi apetah lagi budak kecik berusia 8 tahun? lagi lah tak reti makan tapai bukan? hmm. mungkin je la. sebab aku pun takda tanya budak kecik tu dia nak tapai ke tak. pfft! diam-diam naa. sebab tinggal sebekas je lagi. sorok beb! bukan senang nak dapat. jenuh aku menanti tapai JM Bariani, tak jugak kunjung tiba. T_T


satu bekas dah clear. tinggal satu lagi untuk malam. HAHA. aku rasa macam nak high je ni. isk! tapi tetap takda peduli. makan tapai macam makan nasik. T_T

macam kagum bila si pulut boleh bertukar menjadi glukosa. hmm. aku dah belasah banyak tapai dah dalam bulan ni. aku harap takdela simptom-simptom diabetes ke ape. mintak simpang laa. HAHA. adui. ok, time to sleep. ngantuk pulak. tak tahu la mengantuk ke mabuk. mungkin sebab tertelan banyak kanji kot. T_T
tido, tido!


p/s : syukur alhamdulillah. mood masih baik. HAHA. dan terima kasih buat ayah sebab tak pernah menghampakan saya, mama & anak lelakinya kalau bab-bab makan ni. kalau kau teringin nak makan daging unta sekalipun, dia akan cuba cari sampai dapat. ayahku memang terer! dan aku mewarisi ke-terer-an itu. lalala.

4 bebelan:

nurulizzahz said...

auntie leen : pregnancy tips.. jgn mkn tapai.. blh kurgkn potensi utk pregnant.. klu dh pregnant lg la x blh mkn ms awal2 tue.. blh kguguran..

Jaslin Jamaludin said...

ha'ah, pas dah balun baru aku tahu. ;p lenkali tak makan dah. adoi. sbb mmg ade true story yg makan tapai untuk gugurkan anak. ayoo.

nurulizzahz said...

bukan ap beb.. asid dia tinggi tue xleh.. sama la kopi sume tue.. nak kne usaha weh.. tue yg tpaksa cakap kt hg x leh tue.. tp takut gak hg x selesa dgn ak yg nie xleh tue xleh.. haha.. dh pantang t lgi la.. boleh mkn ikan haruan kering dgn nasi jek..

Jaslin Jamaludin said...

sabo jelaa.. aku dahla tak makan sebarang ikan.. isk! hish, bleh pulak hang pk gitu.. aku lagi2 berterima kasih adela dekat hang, sebab sedia mengingatkan aku.. kdg2 dah ade depan mata mmg tabley nak tolak.. :( hee.. insyaallah, start next month tanak makan yg bukan2 dah..