hei, nombo sapa lah dari pagi duk call aku nih. haish!
ops!
assalamualaikum. hiks!
ada dua nombo pelik call aku dari pagi tadi. aku mcm biasa mmg takkan berani nak jawab nombo yang aku tak kenal unless dia noted kat situ sapa nama dia. sejak-sejak tuka nombo 2 tahun lepas mmg macam ni. dulu tuka nombo pun memang untuk menselamatkan diri dari para boifren dan sebab nak jaga hati tunang (pada waktu ini is legal husband ok.) sama. tapi takut jugak kalau-kalau nombo tadi tu nombo dari agensi carik jodoh pekerjaan ke apa. dah melepas la pulak aku. huhuh.
takpa. let bygone be bygone dan biarkan si penelefon itu terus menelefon sampai berjanggut.
hari ini sangat happy setelah berduka sepanjang hari semalam. tapi bila malam tengok wajah hubby semua duka pun hilang apetah lagi setelah bergurau senda secara pelik yang mana kalau diingat balik memang macam super ribena lah. HAHA. ok. esok akan pulang ke Penang dengan hubby, setelah hampir 3 bulan kawen. baru 3 bulan kan? tapi macam 3 tahun woo. tu pun siap ugut lagi. kalau hubby tak boleh balik in case tak dapat cuti ke apa, aku nak balik sorang. bajet macam bujang. tapi syukur alhamdulillah hubby dapat cuti. esok sampei selasa depan. balik kali ni memang aku nak balun makan je. TAKNAK diet ok, TAKNAK. diulangi, TAKNAK, TAKNAK, TAKNAK diet. haa. sebab dari 2-3 hari lepas lagi asyik terbayang nasik ayam, char kuey tiaw, buah-buahan segar, kari ikan pari, sambal tumis dan peberet, laksa mee. aiyoo. memang tak dapat nak set dalam kepala untuk terus berjuang berdiet. baik lupakan buat 3-4 hari ni. sebab kat sini nasik ayam & char kuey tiaw dia so-so saja. dah tu buah-buahan segar mahal nak gila. meleleh je air liur saat melihat buah kiwi kat Giant tu. ranum-ranum belaka. oh.tidak.com.
lepas tu sabtu ini akan menghadiri kenduri kawen pengapit aku di Penang side aritu. bukan dia kawen, tapi kakak dia. lepas tu nak melencong pergi umah kezen. nak melawat opah sama. sebab sejak dua menjak ni asyik teringat kat opah saja. dulu kecik-kecik dia manjakan aku gila-gila sampai berlemak. rindu air milo yang paksu buat untuk aku. tapi sekarang dia dah tua. dah tak berapa sihat. tak dapat bermimpi lagi untuk menikmati makanan dari air tangan dia. air basuhan tangan boleh. tu pun kalau sanggup lah. HAHA. terima kasih mak (panggil opah 'mak' sampai macik-macik pun sering hangin dengan aku. jeles lah tuh!) sebab sudi datang time Intan kawen aritu. pastu spend masa lama kat umah sebab nak bersama dengan Intan. tapi mak datang lewat sangat. sempat tido dengan mak semalam je (malam sebelum nikah). malam esoknya tu Intan dah tido dengan lelaki lain. ops!
rindu. dan terkadang sedih. sebab masa lampau takkan berulang lagi sama sekali. sekarang hanya mampu bersandar pada kenangan saja. harap-harap sampai bila-bila pun aku akan ingat mereka. dan kenangan-kenangan sepanjang mengenali atau hidup dengan mereka. dan syukur. aku rasa aku seorang yang appreciate akan satu-satu hubungan tu. dan kamu-kamu jangan risau. kalau saya cakap saya sayang, I really mean it. bukan nak ambik hati ke nak mengampu ke apa. sumpah aku sayang. dan kenangan-kenagan apa pun yang pernah dilalui bersama, InsyaAllah, selagi saya belum hilang ingatan, saya akan ingat. oh.tidak.com. sedih lagi. ini boleh mengundang marah pada hubby. dia memang pantang kalau aku bersedih ke moody ke hangin ke apa. ok. HAPPY! esok nak balik kampung. yeay!
oke. nak kena masak. nanti hubby balik kau nak jamu apa??
sekian.
p/s : malam ni dinner dengan sambal hati saja. aku dah kureng dengan sambal hati, tapi tumpang dah ada dlaam rumah gunakan ajelah. kang terbuang lagilah sayang. T_T kerana sayang kuturutkan.
Kulit Berminyak Pun Wajib Pakai Pelembap
8 years ago






0 bebelan:
Post a Comment