dunia blog bukan prioriti lagi selepas ini. sbb aku punya hobi lagi best dan menseronokkan dari memblog. saye suka memasak. fuh, ni kalau mama baca mesti terkejut beruk dia. HAHA
serius. sejak dua tiga hari tiba-tiba macam best pulak. sbb ada bantuan dari saudari Google. nak masak ape search je. kalau agak-agak rindu dengan masakan mama, mintak kat mama resepi. pastu try buat. seronoknye!
oyeah! oyeahh!
petang ni nak buat tom yam & telur bungkus. Insyaallah.
bahan sume dah ada. tunggu nak masak saja.
esok tgh hari tak masak (kot), sbb hubby ade keje. budak kolej tempat dia keje ade konvo. jadi masak petang je. petang sok nak goreng ikan kembong dengan pajeri terung.
hmm, dapnyeee. rase macam na masak arini jugak. nasib takde terung je nih. T_T
boleh tak? tadi pegi Giant kusyuk merenggut semua barang, lupe nak pi amik harga. kan ada stiker harga tu kan? haa, terlupa suda. sampai kat cashier terpinga-pinga aku bila terpaksa cancel terung 2 batang dan err, roti garlic! meleleh air liur aku. T_T
mmg tak praktikal lah. kena scan harga gitu. kalau letak harga siap2 kan senang. dari nak beli terus tak jadi beli. kan dah rugi.
tapi takpe lah. esok kalau rajin pegi lagi. T_T macam rajin sangat. risau betul nak pi Giant. bukan apa. setiap kali pi Giant mesti burnt banyakkkk duit. hmm.
lagipun mmg tak dapat nak berblog sangat. weekend kan? husband akan conquer PC. malam je dia ajak tengok muvie sama-sama dengan dia. sbb dia jeles. aku kul 10 dah nak tido. HAHA
lusa, tulat, peon, piut, nak masak
ok, sekian.







0 bebelan:
Post a Comment