Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 22, 2012

Pengalaman

salam.

ni quick post. jangan harap lebih-lebih.
tumpang baby tido ni sy akan mengerjakan jari dengan pantas meng-update blog ini.
atas desakan sahabat, sy sebagai pemblog tak berapa nak tegar sangat dah sekarang ni akan cerita sikit la pengalaman mengandung dan bersalinkan si Nur Sofea Marissa ni.

sakit.
kalau tanya apa yang sakit, payah nak jawab. sebab semua sakit. jiwa pun sakit bila ramai yang due mid march, mid april dah deliver baby dengan selamatnya. sy ni ber-bling-bling mata tengok gambar baby mereka. saiko sangat! tapi, secara positive. bukan jeles baby comel ke tak comel. jeles sebab dorang dah tengok baby dorang dulu pada sy. grr! tak matang sungguh! haha. sy sangkakan sy akan melahirkan baby pada 18hb atau selewat-lewatnya 21hb march, mengikut kitaran ehem sy yang sy congakkan sendiri. tapi entah kenapa doctor bagi EDD salah. bagi harapan palsu betul. sy ingat week 39 dah boleh tengok baby. tapi perancangan Allah SWT lebih baik, dan teliti. masa minggu ke-39 lagi sy dah rasa sakit-sakit tu. tapi 1st timer, mana nak tahu sakit tu macam mana dan masa bila perlu pegi ke hospital. tahan lagi, tahann. tetiap pagi hubby tido krooh krooohh. sy tido-tido ayam je. ku ku kukkkk! kejap-kejap bangun dan berjalan hilangkan sakit. masuk minggu ke-40 pun sama jugak. tapi lagi sakit. makin kerap. sy pegi hospital. bukan dekat, Ampang woo. tapi demi keselamatan baby, sy ulang alik banyak kali jugak ke sana just to ensure baby & sy selamat. sy rela dimasukkan ke wad, tapi doktor langsung tak pandang usul sy tu. huh! sy pun tahan lagicontraction tu. dam makin lama makin kerap. 5 minit sekali. masa tu 10 minit sekali sy jot down. bukan tulis, sy guna application unt henpon. dalam mata duk nak lelap tu boleh lagi la nk catit bape kali contraction sume. just imagine la. dari malam pas isyak, orang tengah nak dinner, sy duk ke hulu ke hilir tahan sakit. kalau berdiri lagi sakit. duduk pun sakit. sungguh tak tahu nak buat apa. dari pas isyak sampai subuh setiap 10 minit sy bangun berjalan. seriously macam zombie. start  dari week 40 dah jadi zombie. sy dah tak tahan, nak nangis rasa. hubby pun dah tak sanggup tengok gamaknya. even dah 2-3 kali pegi hospital doktor taknak masukkan ke wad, kali ni nekad nak pegi lagi sebab dah ada show sume. at last doktor pun tahan sy ke dalam wad. sebab kata dia, awak dah datang dekat 3 kali, jadi kali ni kena tahan la. mujurlah dia tahan. hukhuk!

di wad.
mula-mula admit tu sy dengan sorang ni je. dia dah nak kena masuk LR. tapi doktor suh tunggu LR kosong. jadi dia pun tahan sakit kat katil sorang-sorang. hubby tak nampak pulak masa tu. dari jauh duk dengar doctor sembang pasal dia. dia pun duk mengadu sakit macam nak terberak. sy yang tak berak 2-3 hari ni musykil dan takut kalau tiba-tiba rasa nak berak suppose bagitau doctor ke atau memang sy nak terberak sebab lama tak berak? pasrah kejap masa tu. memang takde rasa nak berak. sakit contraction tu mengalahkan semua. tengah suka-suka ketawa boleh terdiam seminit dua. time tu hubby pun boleh tahu tengah tahan sakit. huwaa! sy fobia sangat!! tengah cerita ni pun teringat-ingat akan sakit tu. adeh.. 
tak lama lepas tu, budak tadi pun di bawa ke LR sebab dia memang dah tak tahan sangat. nak buang  air kata dia. lagipun check VE dah dekat 9cm. doctor boleh buat rilek lagi.

petang.
hubby datang dengan MIL & FIL. sedih. jarang sangat masuk wad. bila masuk wad macam-macam perasaan ada. dahla tido sorang-sorang. sakit sorang-sorang. biasa hubby bleh jugak bagi sokongan moral. T_T huhu. dorang datang bawak makanan. sedap sangat. 2 ketul ayam sambal dengan satu bekas penuh nasik putih. sy tak makan pun sebab ingat nak simpan malam. sy makan nasik hospital je, then ambik seketul ayam sambal tadi. yang lagi seketul simpan buat bekalan. maklumla, tengah mengantuk pun boleh teringat nak makan. ;) time paling sedih bila mak guard datang dan minta hubby keluar. sedih tataw nak cite camne aa! sy kan manje, ngade-ngade pulak. mak jauh. harapkan hubby je la. T_T sempat la salam-salam & kiss-kiss di sebalik tirai hospital yang merah jambu tu. muahaha! hubby janji nak datang lagi malam ni. sy tak bagi sebab dia asyik EL je sebab sy, macam tak syiokk pulak. sy suh dia pegi keje esoknye. dia kata takpe, dia datang jugak. pastu hilangla kelibat suami. nurse pun datang buat-buat kalut nak check BP bagai. pastu yang paling tak boleh diterima akal bila student nurse datang nak interview. dahla tengah sakit. dorang tanye-tanye 10 minit je sy diam dan tengok ke lain. dah tak boleh tahan sy pun cakap, lame lagi ke aa? tadi korang cakap 10 minit je nak interview. dorang pun bagi soalan terakhir dan pergi dari situ. takde mood woo nak melayan. even sebenarnya sy ni peramah dengan soal jawab orang. gegege!

malam.
hubby call. tanye size selipar sy. sy pun tak tahu, jadi dia agak-agak je. alahai. benda kecik tu pun dia nak beli. terharuu*

hubby datang, bawak bekalan makanan dari MIL. ada biskut, dan roti yang sy beli tapi tak sempat makan kat rumah. T_T ada milo 3 in 1, & mingguan wanita sekali hubby bawak. ade flusk dan macam-macam lagi. T_T Sy tahan lagi. Tak makan tak minum tapi hanya menahan sakit. Grr! Sampai la sy rasa mcm lapar, sy minum Milo. Sbb sy pikir, it could be anytime from now. Sy mungkin dah takda tenaga lg nak keluarkan baby. Jadi sy minum. Demi baby. Tak lama lepas tu. Sy rasa ada benda meletup dlm perut. Smooth je 'pop' nye. Tiba2... Banjir katilku. Basah. Panas. Hahaha. Sy cuak. Sy sms hubby cakap sakit sgt, air ketuban dh pecah. Hubby suruh ay petik loceng dan panggil nurse. Nurse datang (mcm tak ikhlas), dan suruh sy duduk atas wilca (wheelchair). Sakit, tp baby mcm taknak keluar lagi. Sy siapkan baju baby di tangan, bagi oada hubby sebelum sy dimasukkan dalam labor room. Masuk labor room adalah sama mcm masuk dlm bilik soal siasat polis. Banyak jugak soalan dan banyak saspen. Sy tak tahan sakit. Hubby tak dipanggil2 masuk LR (labor room) pun lagi unt temankan sy. Sedih. Sakit lagi. Sy mintak ubat tahan sakit dr doctor. Sy nak tido. Setelaha bermalam malam malam sy tak tido. Sy mahu tido kali ini. Unt tenaga kemudian nanti. Doc bagi sy Pethidine. Menyesal sy mintak ubat tahan sakit ni. Sy jadi bertambah sakit. Contraction makin kuat tp taknak keluar2 pun lg. Sy macam org lalok. Mata ke atas ke bawah. Kata hubby sy, sy mcm dah nak 'pergi'. Dan kenyataan itu buat sy takut unt beranak lagi... Haha poyo. Skarang dah tringin nak pregnant balik. Tapi Sofea perlukan kasih sayang yg cukup. Sy pun tak puas memanjakan dia. Alalala. Back to story.. Tiba-tiba rasa nk membuang. Time ni sy dipaksa push. Paham-pahamla kalau dh push macam-macam la keluar kan. Tp masa tu hilang semua malu, yg sy tahu, sy mahu keluarkan dia. Dah sampai ke tahap ini, mestila sy nak tengok anak yg dikandung 40week++ ni. Push push brape kali pun tak tahula sampai sy dh mengah sgt. Hampir give up. Lastly midwife suruh sy rasa kepala baby yg hampir keluar tu. Ya Allah. Sikit lagi. Sy dgn menangisnya (dah letih, tp nak taknak kena selamatkan nyawa baby) push kuat2. Sampai la midwife toreh2 pun rase mcm kena gigit semut je. Pastu dgr suara Sofea. Eh, keluar dah dia. Sy pejam mata terus zzz. Hubby cakap dia keluar tepat2 jam 6am. Pastu terdengar azan subuh. Alhamdulillah. Sakit mmg sakit. Serik mmg serik. Tp anggap je tu semua kafarah dosa. Dulu banyak buat dosa ni. Harap dgn itu gugurla dosa2 lampau. Hmm. (: Hubby cerita. Lepas baby keluar (dgn mata yg besar), hubby diminta keluar. Ingatkan sempatla dia nak azankan baby. 3-4 jam lepas tu baru dpt azankan baby. Masa tu dah dipindahkan ke wad. Fuhh. Kenangan. Dukung & susukan baby. Semuanya mcm mimpi. Syukur ya Allah. Diberikan peluang sebegini. Insyaallah ada rezeki giliran adik Sofea pulak pasni. Uhuhuh. Sekian. Wassalam.

0 bebelan: