meh sini kawan². saya ajar bagaimana cecara nak masak bubur pulut hitam. saya sangat pro. saya bekerja di The Pampered Chef.
mudah saja. aku guna apa yang ada kat umah.
kalau tahu petang ni nak kena masak bubur pulut hitam ni, dari semalam lagi seharusnya aku rendam pulut² tersebut. punyelah lama aku menunggu dia sampai empuk.
ni bahan² untuk orang macam aku je taw.
* pulut hitam (sebaiknya rendam dulu semalaman, sbb kalau tak rendam, kematu nak menunggu.)
* santan (kalau boleh guna yang asli ye. santan kotak adalah was². mungkin ada campuran tepung atau..)
* daun pandan (kalau takda, vanilla essence pun adalah ok. tapi aku dua² pun takda.)
* biji sago (basuh dulu.)
* gula merah / gula putih / gula melaka (ikut suka mana² pun boleh. tapi aku tak suka gula merah.)
* garam secukup rasa.
cecara :
* didihkan air dalam periuk. ikut suka la size periuknye.
tadi telah menggunakan santan cap ayam.
* masukkan daun pandan. (aku tak tahu the exact time untuk mencampak daun tersebut.)
kalau takda, guna vanilla essence, ok.
* masukkan sedikit garam. sedikit saja tau. agak² dalam kurang secubit. mama kata, masukkan garam ni boleh menambah lemak pada masakan atau minuman. kalau nak tahu, mamak² pure di Penang kalau buat teh tarik pun kadang² letak garam. betul, yang ni tak tipu.
* masak la seberapa lama yang anda mahu. tup api dan hidang kan.
secara sedihnya. beginilah rupa sepinggan bubur hasil buatan tangan beginner seperti saya. )8









0 bebelan:
Post a Comment